click !!click!!

Alhamdulillah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pengalaman Mengandung Trimester Pertama : Approaching Minggu ke 10

Lagi 2 hari, akan genap kandungan ku menginjak ke 10 minggu.. Tak terasa waktu berlalu, anak ku semakin membesar dari hari ke hari.. Kalau ikut perkembangan, bayi mmg cpt berkembang dari minggu ke minggu. lagi 2 minggu akan masuk 3 bulan, dan another 1 month akan masuklah aku ke Trimester Kedua.

Perkembangan minggu ini, aku sentiasa keletihan and rasa mcm out of breathe. bangun pagi mak selalu tegur aku kenapa la dok mengeluh . aku bukan sengaja nak mengeluh, tapi rasa mcm mengah. huhu baru awal kehamilan, mmg besar ujian ibu mengandung. Aku masih belum buat buku merah dan merancang next next week baru buat. Kes tak dapat cutilah sebab baru lepas cuti raya lama...

Aku cepat meloya especially pagi sampai la waktu lunch.. Makin sensitif pada bau.. sesekali akan ke tandas melepaskan rasa nak muntah tu semahu mahunya.. mmg air je yg akan keluar.. tapi sakit je rasa di bahagian perut.. huhu..

Doctor print kan aku clearer picture of my baby...Sebak rasa.. nampak tak dia tengah terlentang, ada kepala, kaki tangan, kecik.. ya Allah.. moga kandungan ini selamat sehingga melahirkan dan sempat aku mendewasakannya bersama suami ku menjadi da'i yg solehah... sehingga akhir hayat kami berdua... ke Jannah...


Pengalaman Mengandung Trimester Pertama Minggu ke 8





Assalamualaikum! 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kita baru masuk hari raya keenam harini kan.. Jom harini sara nak update lagi pasal kandungan sara. Last entry saya menceritakan tentang betapa kuat nya selera makan semasa nak tahu dah hamil ke belum tu.. yes I admit I makan sangat byk.. Sehingga lah masuk minggu ketiga Ramadan, simptom hamil semakin kuat, sakit breast yg semakin ketara dan selera makan masih belum berkurang tapi tak selahap mula mula dulu... Masuk je minggu ni, aku dah 21 hari puasa tak tinggal langsung tapi , aku admit, bila belah petang tu, aku rasa sangat lah sakit pinggang mcm nak period. and almost everyday..tapi sebenarnya mmg dari awal aku check aku hamil hampir setiap hari aku sakit pinggang. sampai la aku update dkt kwn aku, kwn aku pesan, sarah, please jgn puasa, tgk mcm mana, sakit lg ke tak.. jadinya hari tu aku buka puasa dlm keadaan berat hati... bila aku berbuka, aku rasa sakit tu berkurang... aku tinggal dlm 4 hari dan kembali sambung puasa bila dah rasa semakin sihat.. sampailah ke Syawal..

Tapi di pengakhiran Ramadan, aku asyik mengadu dkt abg sakit pinggang, kemudian dah kurang selera makan.. aku mmg rasa meloya je tgk lauk lauk masakan...aku tak sedar lagi rupanya.. morning sickness sudah menjengah.. ikut LMP kandungan aku ketika tu dah mencecah 8 minggu...bermula lah fasa baru... sehari sebelum balik semula ke KL dari kampung suami aku, aku dah start sakit dada mcm susah nak nafas.. semalaman... dari perjalanan Kelantan-KL aku asyik mengaduh pada abg.. abg beli gaviscon..pun aku nak termuntah telan... masih tak okay..abg yg kepenatan drive, tidur kejap sesudah sampai... asyik kena kejut dengan aku suruh bangun teman ke klinik sbb sakit dada yg teramat sgt tahap tak tahan.. tunggu punya tunggu,, aku turut tertidur..

Tengahari tu kami sama sama terbangun,, abg bawak pusing tgk klinik, semua tutup..then kami lalu di KK kerajaan.. decide nak pergi situ..alhamdulillah tak ada org langsung..aku bagitau dekat org jaga kaunter tu aku sakit dada. MA soal beberapa soalan and check tekanan darah, and minta aku buat ECG.. tak sampai 10 min, aku dah boleh berjumpa doktor , doktor kata ECG normal..aku hanya mengalami muscle pain di breast , kemungkinan hormon, atau ada angkat berat atau mmg breast tgh engorge...tak ada ubat utk tu.. sbb tgh hamil kan..doktor bagi vitamin .. and aku scan utk kali kedua.. kali pertama hanya nampak kantung.. and umur kandungan seminggu berbeza dari tarikh last period.. tapi masa scan kali kedua, umur kandungan dah sama dari ukuran kantung dan dari tarikh last period.. ketika tu bacaan menunjukkan 8 minggu 5 hari...syukur.. and yg paling sebak dpt tgk kelip kelip hearbeat baby.. doc ckp perut aku byk angin, ultrasound pun tak clear sgt.. maybe kena guna mesin 2D baru nampak clear..tp mmg kalau ada dkt situ boleh nampak heartbeat baby tu.. baby kecik je besar buah raspberry.. tak sabar nak check up lagi 3 minggu..

cuma sekarang simptom lepas minggu ke 8 ni :

  • loya teramat sangat tgk semua makanan rasa nak termuntah
  • tak boleh tgk lauk dan nasi
  • bangun pagi rasa nak termuntah perut sgt berangin
  • tak lalu minum susu dan seumpama dengannya
  • perut rasa tak selesa
  • muntah air atau hanya angin sahaja

ni ketika 5 weeks



ni ketika 8 weeks 5 days, nampak tak warna putih tu dalam kantung. tu baby. tapi x clear sangat mesin ni

Kisah Trimester Pertama Kehamilan Saya..InsyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim.. segala puji hanya bagi Allah.. seperti tertera tajuk di atas, aku setelah tolak tambah rasa nak share ke tak share, akhirnya aku share juga.Sebab ni kehamilan pertama, dan ia salah satu sebuah perjalanan kehidupan aku. Yang boleh jadi perkongsian baik utk semua. Semoga kawan-kawan dpt mendoakan kandungan ku ini sihat sehingga sampai saat melahirkan dan dapat membesarkan hingga dewasa menjadi anak yg soleh/solehah... Amin..

Untuk pengetahuan semua aku dah pun nak masuk 27 tahun for this year. Awal-awal lagi aku mmg bagitau husband yg aku nak berusaha sungguh-sungguh utk dapat zuriat.. Rezeki dari Allah tu kita terima yg mana yg terbaik. Jadi few months sebelum kami official, saya dah start makan asid folik dan start minum susu pra kehamilan..without letting my partner know. cos its my body kan. hehe. Abang manjang ckp ala, bergantungla dkt natural food. 

Alhamdulillah aku bertuah sebab masa majlis kami, aku baru lepas 2 minggu tamat period. So, memang sepanjang honeymoon cuti 10 hari tu aku dalam keadaan fertile. Siapalah menyangka.. Hanya Allah sebaik baik Pengatur yg Maha Agung.. sebab aku dan abang mmg berkahwin jarak jauh.. Tak tentu masa kami bertemu...

Semuanya bermula saat 9 hari sebelum period aku due.. Masa tu kami honeymoon di Tanah Aina..Masa perjalanan dari Kelantan ke Tanah Aina, I have been feeling sick all the way.. Perut bloated, asyik kentut je sepanjang panjang perjalanan. Kesian sgt dkt abg..haha..I dont stop until there. I feel okay just bloated. Then ada aktiviti outdoor yg kami kena buat iaitu jungle trekking. Aku yg suggest tmpt tu dkt abg , tak sangka jungle trekking dia mencabar. naik turun bukit dan curam amat.. Aku time naik dah lost breath and suddenly fainted. Pitam.. Aku dah rasa tak sedap sebab selama ni aku jarang lah sampai pitam kalau penat sgt. I kept cool..

Then masa tu aku dah rasa "ish aku pregnant ke.." "cepatnya.." "mmm tak kot.." tapi aku mmg tolak semua aktiviti lasak sbb ckp dkt abg, "mcm mana kalau ada"..abang faham and mmg dia buat aktiviti sorang-sorang.. TQ abg..

Kami balik ke KL few days later and aku masih bloated and start sakit pinggang...I dont know what to expect sbb sebelum ni kalau sakit perut, esoknya mmg darah turun tanda period.. Start dari tu everyday aku mmg sakit pinggang...and ni aku share simptom yg aku alami sebagai panduan.. Tak semua org sama...

  •  Jerawat batu
  • Missed Period
  • Feeling Pregnant
  • Breast sakit
  • Letih dan nak tidur je even dkt tempat kerja tersengguk-sengguk
  • Kerap kencing
  • Faint (sekali je)
  • Sembelit
  • Mood swings
  • Low Back Pain
  • Bloating
  • Sakit Pinggang mcm nak period
  • Cramp mcm nak period
  • Feeling wet mcm nak period tapi bukan



aku buat UPT pada before 4 hari period due. as expected Negative.. Aku setiap hari mengadu dkt abg, semua simptom yg aku alami mcm makin jelas...and aku tunggu dan tunggu.. period lewat sehari.. aku buat UPT, Negative lagi.. Mungkin hcg hormon masih belum banyak. aku tunggu dan tunggu sampai lah 4 hari lewat... check lagi,, mmm positive...tp line timbul lepas 15 minutes pada semua test aku buat.. sangat samar.. aku mmg tak percaya sbb rasa mcm evap line.. bukan betul and maybe false positive..aku upload dkt web countdowntopregnancy, semua org vote positive..wah semua bagi harapan..abg dah start ckp awk ni mengandung kot.. tp dia byk kali ckp abg taknak berharap..kalau ada , ada..kalau tak de bukan rezeki kita lagi..

ni masa second time buat lepas delay 4 hari

aku start mengadu dkt kawan dekat office simptom aku alami.. sakit buah dada, dan sakit pinggang mcm nak period..kawan aku suggest beli Clear Blue Digital test sbb sgt sensitive and accurate.. So dalam keadaan puasanya, org sibuk beli juadah aku kalut pergi cari UPT Test.. Balik rumah tak menyempat-nyempat sebab aku baca kalau period dah delay boleh test bila bila masa tak perlu morning urine. apa lagi terus test..Aku dah lewat 6 hari masa ni..Aku menggigil sepanjang tunggu and ckp takpe kalau nampak not pregnant.. no worries....

Tapi lepas 1-2 mins, aku nampak perkataan Pregnant dan berkelip kelip..kemudian after 3 minutes keluar 2-3 weeks... terus aku sujud syukur dan whatsapp abg.. abg hanya tanya eh sapa punya tu.. dan abg ckp alhamdulillah....aku tunjuk dkt mertua aku. semua mendoakan yg terbaik. mak aku , pon aku bgtau tapi dia ckp ala mmg dah tau, tgk pun tau. badan makin naik, gemuk, makan mcm kebulur..hahaha mmg selera aku bertambah tambah.. mcm kalau tak dapat makanan nak menggigil. rasa nak makan je semua benda atas meja...




Emm.. dah panjang sangat ni.. nanti aku sambung ye..