click !!click!!

Alhamdulillah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pengalaman Mengandung Trimester Pertama Minggu ke 8





Assalamualaikum! 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kita baru masuk hari raya keenam harini kan.. Jom harini sara nak update lagi pasal kandungan sara. Last entry saya menceritakan tentang betapa kuat nya selera makan semasa nak tahu dah hamil ke belum tu.. yes I admit I makan sangat byk.. Sehingga lah masuk minggu ketiga Ramadan, simptom hamil semakin kuat, sakit breast yg semakin ketara dan selera makan masih belum berkurang tapi tak selahap mula mula dulu... Masuk je minggu ni, aku dah 21 hari puasa tak tinggal langsung tapi , aku admit, bila belah petang tu, aku rasa sangat lah sakit pinggang mcm nak period. and almost everyday..tapi sebenarnya mmg dari awal aku check aku hamil hampir setiap hari aku sakit pinggang. sampai la aku update dkt kwn aku, kwn aku pesan, sarah, please jgn puasa, tgk mcm mana, sakit lg ke tak.. jadinya hari tu aku buka puasa dlm keadaan berat hati... bila aku berbuka, aku rasa sakit tu berkurang... aku tinggal dlm 4 hari dan kembali sambung puasa bila dah rasa semakin sihat.. sampailah ke Syawal..

Tapi di pengakhiran Ramadan, aku asyik mengadu dkt abg sakit pinggang, kemudian dah kurang selera makan.. aku mmg rasa meloya je tgk lauk lauk masakan...aku tak sedar lagi rupanya.. morning sickness sudah menjengah.. ikut LMP kandungan aku ketika tu dah mencecah 8 minggu...bermula lah fasa baru... sehari sebelum balik semula ke KL dari kampung suami aku, aku dah start sakit dada mcm susah nak nafas.. semalaman... dari perjalanan Kelantan-KL aku asyik mengaduh pada abg.. abg beli gaviscon..pun aku nak termuntah telan... masih tak okay..abg yg kepenatan drive, tidur kejap sesudah sampai... asyik kena kejut dengan aku suruh bangun teman ke klinik sbb sakit dada yg teramat sgt tahap tak tahan.. tunggu punya tunggu,, aku turut tertidur..

Tengahari tu kami sama sama terbangun,, abg bawak pusing tgk klinik, semua tutup..then kami lalu di KK kerajaan.. decide nak pergi situ..alhamdulillah tak ada org langsung..aku bagitau dekat org jaga kaunter tu aku sakit dada. MA soal beberapa soalan and check tekanan darah, and minta aku buat ECG.. tak sampai 10 min, aku dah boleh berjumpa doktor , doktor kata ECG normal..aku hanya mengalami muscle pain di breast , kemungkinan hormon, atau ada angkat berat atau mmg breast tgh engorge...tak ada ubat utk tu.. sbb tgh hamil kan..doktor bagi vitamin .. and aku scan utk kali kedua.. kali pertama hanya nampak kantung.. and umur kandungan seminggu berbeza dari tarikh last period.. tapi masa scan kali kedua, umur kandungan dah sama dari ukuran kantung dan dari tarikh last period.. ketika tu bacaan menunjukkan 8 minggu 5 hari...syukur.. and yg paling sebak dpt tgk kelip kelip hearbeat baby.. doc ckp perut aku byk angin, ultrasound pun tak clear sgt.. maybe kena guna mesin 2D baru nampak clear..tp mmg kalau ada dkt situ boleh nampak heartbeat baby tu.. baby kecik je besar buah raspberry.. tak sabar nak check up lagi 3 minggu..

cuma sekarang simptom lepas minggu ke 8 ni :

  • loya teramat sangat tgk semua makanan rasa nak termuntah
  • tak boleh tgk lauk dan nasi
  • bangun pagi rasa nak termuntah perut sgt berangin
  • tak lalu minum susu dan seumpama dengannya
  • perut rasa tak selesa
  • muntah air atau hanya angin sahaja

ni ketika 5 weeks



ni ketika 8 weeks 5 days, nampak tak warna putih tu dalam kantung. tu baby. tapi x clear sangat mesin ni

3 comments:

NARDtheNERD said...

tahniah dear :)

Stay Sane Mama said...

terima kasih NardtheNerd :D doakan semuanya selamat..

Stay Sane Mama said...

salam amy, hehe yes amin...aah after majlis terus lekat. Alhamdulillah. :D