click !!click!!

Alhamdulillah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label work and job. Show all posts
Showing posts with label work and job. Show all posts

Happy Admin Pro day 2015





Happy Admin Pro Day 2015! 

Alhamdulillah, it has been a month I am with new department. Happy and thrilled at the same time to start over a new journey again. Most of all I am afraid for making mistakes. But somebody calm me before saying that, do not afraid in making mistakes. From mistakes you will learn it. But when you already learnt it, never ever repeat it again, if you did it again, that's when you have to really worry about it.

Somehow it does make sense to me. Buat je macam biasa. Be confident , everytime bila nak mula a new role mmg aku akan mcm ni. It's just a matter of time, kan? So I got a chocolate and a cute pen engraved with our department name. It's just a fresh start and nice start for me. Thank you very much everyone for the warm welcome. I promise that I will do my best and keep learning to be the best of me. Banyak lagi sikap nak kena dibetulkan...In sya-Allah.


hi, this is the latest us. We will be united as one in another 38 days


Its normal to get nervous

Assalamualaikum..

Oh wow , what a blessed Monday yeah? Today my wedding ticker change the number to 39 days which I want to mention how time flies cos last time me and hanis ticker is the same and it shows 75 days left. Feels that time runs so fast and thats make me more nervous just to think of it. My wedding dress is all ready for my Putrajaya side but I am not sure about in Kelantan side as I will go for fitting on 16 May hope there will be no drama lah. Especially drama baju tak muat. Cos right now masih belum insaf nak diet betul betul padahal its my big day kot kan? Sebab rasa couldnt resist lapar so rasa mcm 1 May ni baru nak start balik 2 weeks diet utk fitting baju then another 2 weeks diet light light utk my big day.

Im grateful sebab mmg fitrie tak kisah pun aku chubby sikit, and aku pun tak kisah. Right now berat aku tak bertambah dah tapi maintain tak turun tak naik. Aku kawal la juga dengan shake as meal replacement utk breakfast and lunch and dinner mcm biasa. Mmg tu program maintain weight pun. Hehe.. Mungkin akan timbul keinsafan bila dah masuk bulan May nnt. Yang penting masa aku kahwin nanti aku subur time tu haha. Eh? so aku nak cuba sehabis baik Yeay!.

Today aku nervous gile bila aku bagitau fitrie semalam sebab aku kena buat intro call ngan boss aku from Korea tp kerja kat singapore. Of course I am nervous. And you know how fitrie calm me, he said alah, kite kene cakap dengan Dato la Tan Sri la, Menteri la, okay je. Diorg bukan nak makan org manusia pun juga. Yea its true. And I am done talking to my boss for half an hour and next week Ill be officially taking over all the necessary task from them.. Oh cos I never work in administration field , only in IT, that makes me more nervous ever.

Sama berbagi rezeki

Salam Jumaat barakah everyone.

Hamba duit? Siapakah hamba duit. Saya tak mahu nak tuju tujukan pada sesiapa tapi sejak peristiwa dan pengalaman yg saya alami dalam kehidupan ni, memang saya dah tanam kan dalam dalam di lubuk hati, tak perlu lagi nak terkejar kejar duit ni sebab mmg tak tenang pun jiwa sebab kebahagiaan yg sebenar bukan duit tapi duit hanya main sebahagian peranannnya. Hehe. 

Sebab biar kita hanya rasa kebergantungan pada Allah dan mengharapkan hanya dari Dia lepas kita dah berusaha dengan bekerja seikhlas hati. :) Yang bestnya kerja aku sekarang tak mcm kerja dulu sebab if buat kerja siap untuk boss, boleh la reading sikit and blogging sikit and sambung balik bila dapat task baru. Masa yg lebih fleksibel utk pergi solat dan makan. Walau gaji tak besar tapi sekurangnya aku happy macam ni sebab aku percaya rezeki Allah akan bagi setimpal dengan apa aku buat.

Sebut mengenai rezeki, jom sama sama kita amalkan amalam murah rezki dengan bersedekah dan sentiasa memberi walau kita nampak seperti tak cukup utk diri sendiri. So jom bermula dengan Jumaat barakah ni dengan derma je ke mana mana secara online kepada yg memang sangat memerlukan. Alangkah bahagia tika kita sentiasa berbagi antara satu sama lain di saat org lain kesusahan , moga Allah memberi ganjaran pahala di dunia dan juga sebagai bekalan kita di hari akhirat.

Kalau dilihatkan memang dah ada iklan iklan di FB secara rawak yg kawan kita share setiap hari utk derma ikhlas saudara semuslim kita ada yg ditimpa dugaan dan ujian. Moga atas bantuan  kita sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. 

Salah satu contoh Projek Iqra' ni.. :)

http://www.projekiqra.com/

Ayat Amalan kita setiap hari sebelum memulakan kerja.. Surah Al Kahfi ayatt 24

18:24
Sahih International
Except [when adding], "If Allah wills." And remember your Lord when you forget [it] and say, "Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct."
Malay
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Jangan pernah kau sesal

Kembali lagu aku untuk menulis. Harini dapat see all the happy faces dpt bunga and chocs dari manager masing- masing sempena Secretary week and admin day. Heee. Tumpang happy tgk semua happy. Ada yang dapat bunga besar gedabak sampai tak muat meja and kena mintak delivery guy tu yang angkatkan sampai ke atas hehe. Kelakar je rasa but cantik all the flowers. As me, I received the flowers last time tahun 2010 tak salah masa tu fitrie bagi dengan coklat ferero rocher and roses beberapa kuntum utk pujuk aku.. Yang tulis something like , he will always love me no matter what happen.. bear that in mind. Me too..

But masa tu adalah saat sedih and tabah jugakla sebab masa tu zaman dia masih kadet lagi. Masih dalam latihan ..Nightmare la jugak bila salah faham atau bergaduh. But now we are mature enough and jarang la salah faham tentang perkara remeh. Just a simple arguement  tentang sesuatu but I always get satisfied bila dapat clarification from him.

Harini dah start tanam azam nak start baca newspaper online everyday , haha , i just cant believe that all the while I just read whats appeared in my timeline dkt FB.. berita yg tak boleh diharapkan langsung kan (from some people) sebab ada yg jenis suka share je kadang-kadang dia tak baca habis and check kesahihan. Walau online newspaper might be bias tapi its good to gained knowledge tentang isu semasa kan. Moga Allah beri aku peluang utk pegang jawatan professional soon , Amin.. Berada aku di sini insyaAllah hanya nak gained experience and experience and new skills. Terpaksa la aku merangkak dan bertatih lagi membina kerjaya aku.. Aku malas nak ulang ulang cakap pasal ni sebenarnya sebab nanti akan ada bibit sesal di hati aku.....


Moga dimurahkan rezeki kita semua

Assalamualaikum.. Hee lama berehat hampir terlupa dekat blog aku ni. Sekarang ni aku senang hati sikit dah makin faham dengan skop kerja aku, Alhamdulillah, dah makin selesa nak buat kerja , so harap kawan -kawan doakan aku dapat buat kerja dengan baik. tiada niat lain pun aku di sini melainkan nak dapatkan rezeki yg halal dan aku sangat sukakan environment kerja mcm ni sebenarnya. I mean office time. Sebab kita dapat lihat dan menginsafi diri setiap pagi yg org ramai akan berpusu pusu berpagi pagian mencari rezeki masing-masing, ada yg bujang hantar duit di kampung ada yg suami isteri yg kerja bersungguh-sungguh nak mantapkan kondisi kewangan rumah tangga, ada ayah ada sang ibu yg berusaha utk memberi yg terbaik utk keluarga masing-masing.

Jangan kite lupa pulak dalam kesibukan bekerja , jgn lupa solat dan doa pada Allah.. Ni sara nak sertakan doa untuk murahkan rezeki " Inna haaza larizkuna maalahu minnafad.." Boleh baca 33 X tiap kali lepas solat dan satu kali setiap kali nak keluarkan duit dari dompet. Moga kita menjadi yg bermanfaat utk org lain, jangan jadi hamba duit dahla..Rimas  pulak kalau yg ada nak momokkan alasan nak ubah nasib diri dan bangsa dengan ajak join business dan perlu mencari org. Aku mmg dah ban habis dalam kehidupan aku. Seeloknya biar aku digelar tak faham tapi aku dah cukup serik. Malas dah nak cerita panjang panjang kisah yg lalu.. Memang masih terasa bisa nya.. Inilah pengajaran di dalam kehidupan dan aku berjanji pada diri and aku sangat rasa bersemangat nak bekerja baik baik kalini and nak grow as much as I can as a person. 

Aku dah lama taknak terbawa bawa sangat dengan dunia social media, aku dah berjaya delete instagram account yg lama and create account baru yg ada 100 follower je eheh.. aku nakkan lebih privacy and ig baru tu aku tak letak nama sendiri pun.. Utk FB pula aku dah berjaya kurangkan aku rasa dalam 50% dah.. Aku tak berapa kronik nak post semua benda and post status status.. Sebab malas nak fake sangat hehe.. Aku cabar korang cuba kurangkan , mesti rasa tenang and bahagia sikit sebab fitrie selalu cakap dekat aku, ish org yg mmg tak ada pos apa-apa langsung tentang dia, keluarga and pasangan dia percayalah dia mmg tengah bahagia sangat yg tak perlu nak cerita dekat sesapa. Aku pon like okay.. aku kena kurangkan lah, tapi pasal kahwin ni aku cant resist. Eh but im not against kawan yg sentiasa update sebab aku suka jugak scroll time line tu.. Hak masing masing lah okay :) 

Okay bye kawan-kawan see you.

Believe that you can do it!


New friends in new place

Minggu ni dapat kawan baru utk pergi makan. he he. Sekian lama aku kerja bahagian tech support memang follow AUX, so time is very limited, nak keluar dari building ni time lunch jauh sekali lah sebab terkejar masa nak makan and solat. Most of the time mmg aku akan bawa bekal atau mmg akan makan di dalam cafe je. Walau makanan dia mmg lah sangat tak kena selera tekak aku..ala ala Chinese style tapi halal..

So alhamdulillah dah dapat kaki and dpt kawan nak makan and dah tak ada AUX tu dah cukup syukur. Tapi apa yg buat aku runsing, last week aku ada ditawarkan kerja kerajaan tp bukan utk gred pegawai ttp utk sokongan aje. Aku masih dilema utk tolak atau pergi je. Tapi lebih berat kepada tak pergi. Sebab perancangan jangka masa panjang dengan fitrie, aku memang nak kerja sampai habis bayar kereta ni aje, then dia pun dah stable time tu, aku akan jadi SAHW/SAHM lah . InsyaAllah kalau ada rezeki dari Allah.. Yg penting gaji sama dengan gaji sekarang, boleh tak abg? hehehe

Tapi maybe lepas habis bayar kereta tu aku extend lah kerja 3-4 tahun lagi, just nak merasa bestnya pgg duit gaji tanpa komitmen kereta. Keh keh.. Apa apa pun hanya kita yg merancang Allah menentukan.. Mcm aku rancang nak wat business la, fikir-fikir mmg byk komitmen dan tanggungjawab, aku pulak perempuan, ke sana ke mari, tak sesuai, so decide tak perlu and tak sesuai utk aku buat masa ni.. 

Aku seronok dengar berita baik dari kakak aku.. Aku rasa dia nak tunggu sah dan confirm baru nak war-warkan kot.. Bagi aku after wedding aku ni, aku memang nak terus plan for family with fitrie :)After all Allah knows the best..

Aku dah mula distribute kad dekat office just utk taknak kalut and nervous on the invitation ni.. Moga moga ramai yg sudi datang meraikan kami nanti..

Berani buat keputusan

I am now was assigned to a new team after my technical team moved out to KLCC. New team which are all girls (more privacy) and new team which is a non technical team and lebih byk kepada administration work. I believe this is my new career path yg boleh diguna pakai nanti in the future. hehe..

Kenapa aku kerja balik, sebab aku rasa I am not suitable to do own business sebab aku jadi kurang disiplin dengan masa aku sendiri, lagipun aku dah tak minat lagi nak buat direct selling hehe. Malas nak recruiting people and mengorbankan byk masa weekend and sampai ke malam kekadang tu..aku mmg nak after 6 pm aku berada di rumah sendiri and weekend cuti.cukup la sekadar aku nak low profile je . Malas nak expose expose sangat, sebab kalau buat business kena aktif aktif, posting all the stuffs and promote promote. hehe.malas. aku pun dah malas nak main social media sgt (dah delete IG lama sebab rasa kurang privacy) so aku rasa mmg nak remain mcm ni je. Lagipun dah nak berkeluarga ni, life jadi lain, aku mmg nak divert attention aku 100% pada family je out of working time. :) Bagi aku, biarlah apa org nak kata tapi aku berani buat keputusan dengan apa yg aku nak dalam kehidupan ni.

Tapi now aku tengah bosan ni, sebab sejak pindah new team ni aku ditrain for 2 weeks dah ni, sebab skop kerja aku sekarang dengan skop kerja aku sebelum ni mmg totally lain so now tengah setup laptop sendiri dengan all new systems and apps so byk lagi yg pending before aku leh buat kerja. so while waiting ni mmg bosanlah, teringat pulak masa baru masuk technical team last year, masa menunggu tak buat apa apa masa training bosanlah, tapi once go live rasa nak spare time nak rilek-rilek pulak, lifes like that lah.

Aku haritu mcm naik berat, tapi ni now dah puasa mcm dah susut sikit which is good lah kan. hopefully wedding dress tu aku muat lah.. cepat je masa berlalu, fitrie dah balik sarawak semalam, ni dia akan balik ke sini semula in a few weeks, time die tak da mcm ni mmg masa akan mcm cepat je berlalu.. tolak campur, dah May, tolak campur dah Jun....

InsyaAllah, semoga semuanya berjalan dengan lancar...


Booking has been confirmed.

Good morning everyone. 

Alhamdulillah safely arrived at the office on a timely manner everyday. I love the environment of people get punctual and discipline themselves everyday. Maybe sebab mmg terbawak bawak cara fitrie manage his time every single day. Even kalau ada TT dengan group VW dia, memang kami adalah antara org pertama and was never late. Kami akan sampai tepat pada masa. Kalau janji pukul 9.30, fitrie akan dh siap count dah dari rumah masa and everything to reach there before 930 pm. Because I hate him to speed up, I will purposely get ready early so that he can drive safe and slowly...sebab tak kejar apa -apa.

Sebab... kalau memang estimated sampai tak sampai tepat pada waktu, he will speed up like crazy just to reach on time. He said, in military theres no excuses. Sebut jam tu, jam tu lah kena datang on time. Diorg dah terbiasa and not to be punctual mmg tak ada dalam kamus hidup diorg which is im so reliefed sebab memang tak suka tak suka tak suka org yg tak menepati masa ni. Dah 12 tahun kami in a relationship/friendship and after that he joined military, I was trained to be like the way he handle things too.. 

56 days to go before our wedding reception. He he.. dkt FB aku dah excited dah .. kot... Actually most of my excitedness bukanlah 100% dkt wedding tu, tapi half of it dekat masa yg aku akan dpt dengan fitrie during the holiday tu.. huhu..

Alhamdulillah, deposit aku dah bayar dah utk tempat aku nak berhoneymoon yg aku sebut surprise tu.. I know he will like it too.. Back to nature and yang adventorous sikit, tempat tu not like typical vacation..cantik mmg cantik hee...nature sgt sbb mmg no aircond, no heater, and non-attached toilet as well.. Oh wow, we will say how we gonna make it.. and there will be time we can do outdoor activity and Im really excited about the whole thing for sure..

Todays Friday, and  TGIF everyone! Have a great weekend ahead!

Persediaan Majlis Perkahwinan Sara dan Fitrie

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

It has been a while Alhamdulillah. 

As much I want to write something to this space tapi banyak benda yg menghalang aku utk berbuat demikian..Jom bercerita tentang wedding preparation shall we?

Alhamdulillah berkat jodoh yg panjang, saya masih bersama fitrie melayari hidup susah senangbersama sekarang ini. Syukur pada Allah majlis perkahwinan kami juga telah ditetapkan tarikh yg sebenar benar tarikh sebab sebelum ni tarikh majlis banyak yg dipostpone. :D

Alhamdulillah, it will be on 6 June and 8 June . 6 June majlis akan diadakan di Dewan MAEPS Serdang dan 8 June di Kelantan.

Kalau ramai tanya tentang macam mana preparation, debar ke and sebagainya. hehe rasa macam tak tahu nak jawab sebab rasa lebih relax dan tak kalut mana pun sekarang. the only thing yg on its way adalah kad undangan perkahwinan. Jom kita kupas apa preparation lagi selain kad kahwin yg buat aku relax je.. hehe.. Utk persediaan perkahwinan mcm borang ,HIV, dan sebagainya tu semua dah ready dah so we will not talk about that. 

Pelamin : Utk pelamin rumah dan pelamin di dewan sara ambil dari Abg Taj. Abg Taj ni mmg dah kenal rapat dari zaman abg sulung sara kahwin, kakak dan now my turn.Zaman sekarang memang tak berani nak ambil sembarangan sebab terlalu banyak dengar feedback dari org lain. Ambil org yg kenal ni saya akui lebih fleksibel and so much trust dah diletakkan kepada dia, so insyaAllah bab pelamin dah settle sbb Ahad lepas kami baru sahaja melawat tapak di Dewan MAEPS. Spesifically dekat Dewan D2. Dewan tu besar sikit so kami kena fikirkan macam mana nak buat ia kelihatan penuh. Bab design pelaminan, walkway, main table, pintu masuk, percaya tak aku serah je 100% dkt Abg Taj. Buat masa sekarang betapa malasnya nak cerewet-cerewet . Apa yg aku tahu, aku tetapkan warna tema yg universal, White and Cream and a lil bit of blue. Thats it. Utk pelamin rumah I think Abg Taj will go to more simpler one and something that can match with white color dress.

Hantaran : Hantaran kami dah lama beli. Aku akan serahkan decoration tu kepada Abg Taj utk buat.Masa bertunang aku beri 9 dulang berbalas 7. Kali ini 11 dulang berbalas 9. Bagi kami, kami akan lebihkan makanan berbanding barang peribadi sebab nanti keluarga boleh la makan . Barang peribadi anytime boleh beli. :D Hantaran dan mas kahwin nikah berupa Gelang emas dan sebentuk cincin serta dua dinar emas. Beserta RM XX,XXX .

Mak Andam / Busana Pengantin : Yang ni bulat bulat 100% aku serahkan kepada kakak ipar, Ya Allah sgt bersyukur sbb kakak ipar sudi tolong. dari flight ticket tante , accomodation, makan, sepanjang di Putrajaya and Kelantan, Buat pengetahuan semua aku ambil pakej persalinan dari Bandung and mak andam pun dari sana. Sebab dah biasa and murah so kami ambil saja dari sana utk tak pening kepala. Again, orang yg dipercayai and I know tante will do her best. Ni pun salah satu reason aku tak berapa pening kepala dengan preparation. he he. lagipun aku tak cerewet.Untuk busana di kelantan aku pilih abim hassan and fitting dijangka 16 Mei . So hopefully aku tak pening kepala lah. and hope semua berjalan lancar. 

Photographer/Videographer : Ini kami juga ambil dari Indonesia iaitu Impresi. Impresi ni ambil gambar official utk Oki, so im excited. Like always, Impresi ni dah ambil gambar utk abg sulung, kakak aku. So most trusted team juga. Alhamdulillah kakak ipar uruskan segalanya dari air tickets and accomodation. alhamdulillah. syukur. rasanya mereka akan dtg in 4 or 5.Kalau perasan , kami kekalkan apa yg dah diambil before ni utk abg sulung and kakak sebab rasanya lebih mudah begitu sebab takut nak ambil dengan org tak kenal ni. tatau hati budi sebab benda ni kan big day once in a lifetime.

Catering : Utk catering kami ambil Mar Caterer yg mmg org utara and yg ni caterer dari zaman abg aku kahwin juga dari 2008.. hehe. reason being, sebab dah biasa and kalau tempah mesti dia akan tambah extra 200 pax ke.. tak kedekut and masakan sedap. Utk majlis kami nanti, aku memilih masakan kampung utara style so nasi minyak ye hehe. and as well ada gerai gerai macam laksa, pasembur,.. semua utara mari. org Kedah la katakan..Utk majlis di rumah I think we will go with 

Nasi Arab and BBQ Kambing. Kawan kawan dijemput to come , mmg sekarang tengah kumpul alamat utk urusan pengeposan kad pon sbb kalau nak bg by hand takut tak sempat huhu.. Ikhlas menjemput ni.. Tapi biasala masa menjemput ada juga yg tak reply and ada yg reply dengan cakap ooh tak perlu lah kad sbb tak datang, sori ye. ooooppss..hehe okay la mcm tu. InsyaAllah doakan kebahagiaan sara dan fitrie pun dah cukup bersyukur.

Goodies : utk yg ni aku dah beli paperbag dah and ada some 500 pcs goodies and I think nak kena tambah lagi tapi masih belum decide apa benda. I think I will decide 2 weeks prior to the event sebab kalau buat sekarang pun, rumah bersepah nanti mak tak suka. So sekalian beli bunga pahar utk 100 pcs. Kalau sesiapa ada cadangan best boleh la komen atau PM kite dekat 0124928454. Thank you!

PA system and MC : Yang ni sekalian datang dengan dewan so nanti akan ada lighting sekali kakak ipar sara book and MC juga ambil yg dari majlis kakak few years back. :D Semua passing-passing sebab malas la nak fikir benda baru.Sepanjang majlis nanti akan dibincang 1 week before majlis. Mungkin saat pening akan tiba time tu kot ye? hehe takla.. hopefully tak ada yg memeningkan and moga semuanya berjalan lancar.

Berinai : Alhamdulillah cousin sara belanja utk berinai and tukang inai akan datang ke rumah utk inaikan sara nanti.

Honeymoon : I want to throw a surprise package for my husband soon but tak tahu pakej apa yg affordable and ke mana. tak kisah pun ke mana asalkan with him and we can cherish the moment together. May Allah ease everything.

Sara prepare alone je sebab fitrie memang busy dengan kerjaya dia so benda yg boleh berdikari sendiri berdikari aje lah. Utk majlis sebelah Kelantan akan diuruskan mertua. :) till next writing yeah girls..