click !!click!!

Alhamdulillah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Lovey Dovey. Show all posts
Showing posts with label Lovey Dovey. Show all posts

Off Hypnobirthing Class and my update of 22 weeks pregnancy

Assalamualaikum. heres the update of my journey to be a mama. Alhamdulillah for the chance to carry her inside my womb and I always pray to Allah we will be healthy all the way...




Baby gestational age : 22 weeks - 23 weeks

Symptoms :My sickness has gone for good, my appetite semakin rancak but I really take charge and aware of what I put inside my mouth because I know good nutrition is very important for easier birthing and for my baby's health. Oh forgot to tell that we joined Hypnobirthing (The Mongan Method ) Class. :D Such an enjoying and knowledge full class. Jerawat dah kecut and I can feel la a bit of pregnancy glow that theyre talking about. :)

Maternity Clothes :Right now I am started to wear only jubah or dress. I cant fit quite well to all my skirts except for my maternity pants. So utk lebih selesa, I wear yg longgar dan tak ketat.
 
Sleep : No sleep problem in particular. I can sleep safe and sound. Its just that I kept the schedule same even on the weekend. For checkup, for classes. etc..

Cravings : Craved for Pauh Lemak, and so lucky my husband ada fly ke terengganu and beli seplastik pauh lemak. hehe .. makan sikit and hilanglah craving ku. But I craved for ice-cream a lot..**Sigh**
 
Thinking names :YES Finally we got one with maksud lepas beberapa kali tak jumpa maksud. Dpt ilham dari Al-Quran. Baby SA.

Laughable moments :WE laughed a lot and bond a lot at our hypnobirthing class. I cant believe such class really make me understand more about my husband how's he ready to be a father soon and how he find himself to be my husband. (You know my husband is a silent type.so its quite hard for me to predict :P)

Nesting :No setup in the room yet. Just folding my baby's attire.


Best moments this week :To be able to spend my time with husband in our hypnobirthing class. Allah Maha Baik, selalu bagi kami masa utk bersama dalam kesibukan. Sepatutnya husband tak dpt pergi, tapi akhirnya dpt pergi secara tiba2 at a very last minute. Maka Nikmat mana lagi yang nak aku dustakan..


Looking forward to :Habiskan Juzuk 4 dan masuk Juzuk 5 dan 6 this week. nak khatam al-Quran before deliver. Nak tenangkan jiwa dan nak bagi baby dengar banyak2 sbb baby suka sangattt!


Movement :New level unlocked this month, I learnt a lot from the class and my pregnancy book on how to communicate with your baby. And the best part baby respond everytime.. Kicking, punching, swaying.. hee.. its getting stronger now.. especially lepas mama baru lepas makan benda yg sedap2..

I am Officially entering Trimester 2 of my first pregnancy

Hello! Assalamualaikum!

Sorry for the long silence. Sejak dapat tahu mengandung start dari minggu ke 9 macam tu morning sickness pun datang menjelma.. dan sejak dari tu my energy level sangat sangat lah low. Selama ni kerja tak pernah tidur atas kerusi, sekarang almost everyday tersengguk-sengguk atas kerusi..

So here are the short update of my pregnancy journey now.. :D

Baby's Gestational Age: 14-15 weeks

 

Symptoms:Mual dan loya setiap hari, muntah kuning (bile) setiap pagi, dan malam, selera makan hilang dan hanya makan kerana nak hilangkan angin dalam badan. Memang easily get bloated. Tak ada nampak nak hilang lagi setakat ni walau dah lepas 12 weeks. Alhamdulillah saya topup nutrisi dan energy dengan Herbalife Shake

 

Maternity Clothes: My husband just brought me to Jusco and bought 2 pairs of maternity pants and maternity bra. Baju so far masih muat lagi walau husband dah tanya banyak kali awak taknak baju ke?

 

Gender: Unknown - finding out next month! Hopefully!!

 

Sleep: I usually fall asleep early (like 9-10pm early!) and wake up 4 times to pee throughout the night. 

 

Cravings: No significant cravings so far, masih hilang selera. Tapi saya sangat berselera dengan Herbalife Shake 2 kali sehari

 

Thinking Names:Not ready to share yet. :D

Laughable Moments: Only when Im with my husband around.. Missing hime like crazy. Yes we are on PJJ.

Sentiasa letih setiap hari,jerawat penuh satu muka, kulit kusam dan tak menarik..Berdoa Allah mudahkan

 

Nesting: Masih mencari kekuatan nak kemas bilik utk persediaan kehadiran baby. Abang cakap nak tolong saya clean up sekali! Wait and see ! :D

 

Best Moments This Week: Able to record baby's ultrasound and see baby moving all over. Skull pun dah ada. Pembentukan fizikal dah mcm complete just now waiting to grow.

 

Looking Forward To: Nak tahu jantina baby!

 

Movement: Rasa mcm pergerakan kecil. :D

 


Kalau ada yg nak order Herbalife let me know. Sangat bagus untuk gunakan sepanjang sebelum hamil, ketika hamil dan post pregnancy dan ketika menyusu. :) 012-4928454

Pengalaman Mengandung Trimester Pertama : Approaching Minggu ke 10

Lagi 2 hari, akan genap kandungan ku menginjak ke 10 minggu.. Tak terasa waktu berlalu, anak ku semakin membesar dari hari ke hari.. Kalau ikut perkembangan, bayi mmg cpt berkembang dari minggu ke minggu. lagi 2 minggu akan masuk 3 bulan, dan another 1 month akan masuklah aku ke Trimester Kedua.

Perkembangan minggu ini, aku sentiasa keletihan and rasa mcm out of breathe. bangun pagi mak selalu tegur aku kenapa la dok mengeluh . aku bukan sengaja nak mengeluh, tapi rasa mcm mengah. huhu baru awal kehamilan, mmg besar ujian ibu mengandung. Aku masih belum buat buku merah dan merancang next next week baru buat. Kes tak dapat cutilah sebab baru lepas cuti raya lama...

Aku cepat meloya especially pagi sampai la waktu lunch.. Makin sensitif pada bau.. sesekali akan ke tandas melepaskan rasa nak muntah tu semahu mahunya.. mmg air je yg akan keluar.. tapi sakit je rasa di bahagian perut.. huhu..

Doctor print kan aku clearer picture of my baby...Sebak rasa.. nampak tak dia tengah terlentang, ada kepala, kaki tangan, kecik.. ya Allah.. moga kandungan ini selamat sehingga melahirkan dan sempat aku mendewasakannya bersama suami ku menjadi da'i yg solehah... sehingga akhir hayat kami berdua... ke Jannah...


Pengalaman Mengandung Trimester Pertama Minggu ke 8





Assalamualaikum! 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kita baru masuk hari raya keenam harini kan.. Jom harini sara nak update lagi pasal kandungan sara. Last entry saya menceritakan tentang betapa kuat nya selera makan semasa nak tahu dah hamil ke belum tu.. yes I admit I makan sangat byk.. Sehingga lah masuk minggu ketiga Ramadan, simptom hamil semakin kuat, sakit breast yg semakin ketara dan selera makan masih belum berkurang tapi tak selahap mula mula dulu... Masuk je minggu ni, aku dah 21 hari puasa tak tinggal langsung tapi , aku admit, bila belah petang tu, aku rasa sangat lah sakit pinggang mcm nak period. and almost everyday..tapi sebenarnya mmg dari awal aku check aku hamil hampir setiap hari aku sakit pinggang. sampai la aku update dkt kwn aku, kwn aku pesan, sarah, please jgn puasa, tgk mcm mana, sakit lg ke tak.. jadinya hari tu aku buka puasa dlm keadaan berat hati... bila aku berbuka, aku rasa sakit tu berkurang... aku tinggal dlm 4 hari dan kembali sambung puasa bila dah rasa semakin sihat.. sampailah ke Syawal..

Tapi di pengakhiran Ramadan, aku asyik mengadu dkt abg sakit pinggang, kemudian dah kurang selera makan.. aku mmg rasa meloya je tgk lauk lauk masakan...aku tak sedar lagi rupanya.. morning sickness sudah menjengah.. ikut LMP kandungan aku ketika tu dah mencecah 8 minggu...bermula lah fasa baru... sehari sebelum balik semula ke KL dari kampung suami aku, aku dah start sakit dada mcm susah nak nafas.. semalaman... dari perjalanan Kelantan-KL aku asyik mengaduh pada abg.. abg beli gaviscon..pun aku nak termuntah telan... masih tak okay..abg yg kepenatan drive, tidur kejap sesudah sampai... asyik kena kejut dengan aku suruh bangun teman ke klinik sbb sakit dada yg teramat sgt tahap tak tahan.. tunggu punya tunggu,, aku turut tertidur..

Tengahari tu kami sama sama terbangun,, abg bawak pusing tgk klinik, semua tutup..then kami lalu di KK kerajaan.. decide nak pergi situ..alhamdulillah tak ada org langsung..aku bagitau dekat org jaga kaunter tu aku sakit dada. MA soal beberapa soalan and check tekanan darah, and minta aku buat ECG.. tak sampai 10 min, aku dah boleh berjumpa doktor , doktor kata ECG normal..aku hanya mengalami muscle pain di breast , kemungkinan hormon, atau ada angkat berat atau mmg breast tgh engorge...tak ada ubat utk tu.. sbb tgh hamil kan..doktor bagi vitamin .. and aku scan utk kali kedua.. kali pertama hanya nampak kantung.. and umur kandungan seminggu berbeza dari tarikh last period.. tapi masa scan kali kedua, umur kandungan dah sama dari ukuran kantung dan dari tarikh last period.. ketika tu bacaan menunjukkan 8 minggu 5 hari...syukur.. and yg paling sebak dpt tgk kelip kelip hearbeat baby.. doc ckp perut aku byk angin, ultrasound pun tak clear sgt.. maybe kena guna mesin 2D baru nampak clear..tp mmg kalau ada dkt situ boleh nampak heartbeat baby tu.. baby kecik je besar buah raspberry.. tak sabar nak check up lagi 3 minggu..

cuma sekarang simptom lepas minggu ke 8 ni :

  • loya teramat sangat tgk semua makanan rasa nak termuntah
  • tak boleh tgk lauk dan nasi
  • bangun pagi rasa nak termuntah perut sgt berangin
  • tak lalu minum susu dan seumpama dengannya
  • perut rasa tak selesa
  • muntah air atau hanya angin sahaja

ni ketika 5 weeks



ni ketika 8 weeks 5 days, nampak tak warna putih tu dalam kantung. tu baby. tapi x clear sangat mesin ni

Kisah Trimester Pertama Kehamilan Saya..InsyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim.. segala puji hanya bagi Allah.. seperti tertera tajuk di atas, aku setelah tolak tambah rasa nak share ke tak share, akhirnya aku share juga.Sebab ni kehamilan pertama, dan ia salah satu sebuah perjalanan kehidupan aku. Yang boleh jadi perkongsian baik utk semua. Semoga kawan-kawan dpt mendoakan kandungan ku ini sihat sehingga sampai saat melahirkan dan dapat membesarkan hingga dewasa menjadi anak yg soleh/solehah... Amin..

Untuk pengetahuan semua aku dah pun nak masuk 27 tahun for this year. Awal-awal lagi aku mmg bagitau husband yg aku nak berusaha sungguh-sungguh utk dapat zuriat.. Rezeki dari Allah tu kita terima yg mana yg terbaik. Jadi few months sebelum kami official, saya dah start makan asid folik dan start minum susu pra kehamilan..without letting my partner know. cos its my body kan. hehe. Abang manjang ckp ala, bergantungla dkt natural food. 

Alhamdulillah aku bertuah sebab masa majlis kami, aku baru lepas 2 minggu tamat period. So, memang sepanjang honeymoon cuti 10 hari tu aku dalam keadaan fertile. Siapalah menyangka.. Hanya Allah sebaik baik Pengatur yg Maha Agung.. sebab aku dan abang mmg berkahwin jarak jauh.. Tak tentu masa kami bertemu...

Semuanya bermula saat 9 hari sebelum period aku due.. Masa tu kami honeymoon di Tanah Aina..Masa perjalanan dari Kelantan ke Tanah Aina, I have been feeling sick all the way.. Perut bloated, asyik kentut je sepanjang panjang perjalanan. Kesian sgt dkt abg..haha..I dont stop until there. I feel okay just bloated. Then ada aktiviti outdoor yg kami kena buat iaitu jungle trekking. Aku yg suggest tmpt tu dkt abg , tak sangka jungle trekking dia mencabar. naik turun bukit dan curam amat.. Aku time naik dah lost breath and suddenly fainted. Pitam.. Aku dah rasa tak sedap sebab selama ni aku jarang lah sampai pitam kalau penat sgt. I kept cool..

Then masa tu aku dah rasa "ish aku pregnant ke.." "cepatnya.." "mmm tak kot.." tapi aku mmg tolak semua aktiviti lasak sbb ckp dkt abg, "mcm mana kalau ada"..abang faham and mmg dia buat aktiviti sorang-sorang.. TQ abg..

Kami balik ke KL few days later and aku masih bloated and start sakit pinggang...I dont know what to expect sbb sebelum ni kalau sakit perut, esoknya mmg darah turun tanda period.. Start dari tu everyday aku mmg sakit pinggang...and ni aku share simptom yg aku alami sebagai panduan.. Tak semua org sama...

  •  Jerawat batu
  • Missed Period
  • Feeling Pregnant
  • Breast sakit
  • Letih dan nak tidur je even dkt tempat kerja tersengguk-sengguk
  • Kerap kencing
  • Faint (sekali je)
  • Sembelit
  • Mood swings
  • Low Back Pain
  • Bloating
  • Sakit Pinggang mcm nak period
  • Cramp mcm nak period
  • Feeling wet mcm nak period tapi bukan



aku buat UPT pada before 4 hari period due. as expected Negative.. Aku setiap hari mengadu dkt abg, semua simptom yg aku alami mcm makin jelas...and aku tunggu dan tunggu.. period lewat sehari.. aku buat UPT, Negative lagi.. Mungkin hcg hormon masih belum banyak. aku tunggu dan tunggu sampai lah 4 hari lewat... check lagi,, mmm positive...tp line timbul lepas 15 minutes pada semua test aku buat.. sangat samar.. aku mmg tak percaya sbb rasa mcm evap line.. bukan betul and maybe false positive..aku upload dkt web countdowntopregnancy, semua org vote positive..wah semua bagi harapan..abg dah start ckp awk ni mengandung kot.. tp dia byk kali ckp abg taknak berharap..kalau ada , ada..kalau tak de bukan rezeki kita lagi..

ni masa second time buat lepas delay 4 hari

aku start mengadu dkt kawan dekat office simptom aku alami.. sakit buah dada, dan sakit pinggang mcm nak period..kawan aku suggest beli Clear Blue Digital test sbb sgt sensitive and accurate.. So dalam keadaan puasanya, org sibuk beli juadah aku kalut pergi cari UPT Test.. Balik rumah tak menyempat-nyempat sebab aku baca kalau period dah delay boleh test bila bila masa tak perlu morning urine. apa lagi terus test..Aku dah lewat 6 hari masa ni..Aku menggigil sepanjang tunggu and ckp takpe kalau nampak not pregnant.. no worries....

Tapi lepas 1-2 mins, aku nampak perkataan Pregnant dan berkelip kelip..kemudian after 3 minutes keluar 2-3 weeks... terus aku sujud syukur dan whatsapp abg.. abg hanya tanya eh sapa punya tu.. dan abg ckp alhamdulillah....aku tunjuk dkt mertua aku. semua mendoakan yg terbaik. mak aku , pon aku bgtau tapi dia ckp ala mmg dah tau, tgk pun tau. badan makin naik, gemuk, makan mcm kebulur..hahaha mmg selera aku bertambah tambah.. mcm kalau tak dapat makanan nak menggigil. rasa nak makan je semua benda atas meja...




Emm.. dah panjang sangat ni.. nanti aku sambung ye..

Legal Marriage to my husband, Fitrie

Assalamualaikum,

Alhamdulillah now I am officially and legally married to my husband, my teenage love, my school time love, fitrie. All praises to Allah yg mentakdirkan kami dipertemukan dan bersama sehingga ke hari ini dan alhamdulillah we are halal too now. 

Haritu sara ada share kan ttg honeymoon gift for him di satu tempat back to nature (jungle). yes we make it happen and its actually dkt tanah aina.. nak share the pics but lupa bawa cable hp pula. emm and the best part is puas sangat rasa cuti kahwin last 2 weeks, lagi 2 weeks alhamdulillah nak cuti raya pula for 10 days.. 

Sara rasa ada nak kongsi good news lagi satu, tapi insyaAllah nak tunggu lagi bila bila dah betul betul confirm I let you guys know . :)


Penangan folic acid

Ada satu hari tu aku rasa sakit yg amat sgt dkt bahagian bawah pusat dan ari ari. sakit di kiri dan kanan mcm dkt tempat peranakan tu.. aku dah takut.. huhu pastu mula menyesal sbb adakah ni sbb pakai girdle? adakah sbb green tea.. aku dah start salahkan dua benda tu. 

Aku pun dengan mengada mengadu dkt fitrie yg aku ada rasa sakit dekat ari ari, fitrie tanya aku nak period kot? and aku cakap no,, period lagi 2 minggu, and pulak tu rasa sakit sangat.. fitrie dah start risau and suruh aku pergi jumpa doktor kalau 2-3 hari lagi masih rasa sakit..pastu aku cakap aku sapu minyak halia, pastu start kentut and keluar angin siap sendawa.. fitrie terus dari riak bunyi mcm risau cakap..mmmm angin la tu! awk ni angin pun tak tahu beza.. haha. so baru aku perasan ooo patut org tua tak bagi makan benda benda berangin.. mmg kalau dia tangkap segala seluruh badan.. mmg rasa sakit yg sangat menyengat...so dgr ye ckp org tua..tapi angin ni bukan sbb makan sembarangan,,,

aku cuba berhenti ambil folic acid ,  baru aku perasan sebab aku ambil folic acid la buat aku rasa berangin mcm tak sihat mcm ni... and nampak kawan aku komen dekat twitter asid folik to certain people akan buat rasa bloated and berat naik sikit.. 

huhu.. sebab rata rata kawan-kawan and doktor pun ada pesan dah boleh start ambil folic acid.. but i guess, kena stop kejap lah kot.. nanti ambil semula...sebab folic acid kan sangat bagus utk persediaan nak pregnant kalau dah baby dah berjaya disenyawakan , so dah ada sumber folic acid utk perkembangan saraf dsbgnya tu.. okay nanti kita borak lagi..




Getting body prepared-Milky milky

Yesterday we went for a lunch date together with my cousin. At Empire Subang, I tell you that last weekend was the longest weekend ever in my life! Fitrie in Kuching, mom and sis and brother in Pulau Lang Tengah having a good time and Im at home figuring out what to eat after maggi, oats, and nasi with telur. Its not that I am lazy to cook, but cooking for 1 person to eat, you better dont treat ur life sad like that, makan sorang-sorang..

Segala jenis movie aku tgk dkt Astro tu , I even bought In the woods from astro best and for premier Saturday, I watched The Fault in Our Stars alone. Sedih jugakla that story for me. Means in that circumstances there is true love (both couple ada cancer and counting days to live) and the openness to accept the death of someone you love (you will somehow face it sooner and later in life) May Allah give us strength to walk it through and unite us with our loved ones in Jannah. Amin.

Back to the outing yesterday, after few days makan macam tak makan, I finally get a chance to have very good and full lunch. ehe, we had our lunch at Serai, this is my first time here and I had Kampung Fried Rice, Clear tomyam and as well as milky bandung and pavlova. Recommended and we will definitely will put in our monthly list good restaurant to eat over the weekend. We just put Absolute Thai in the list as well last week cos the food there so fresh and sedap. but the bill for 2 is about RM 100+ so make it once a month or once in two months please. We need to have a good financial planning.

Speaking of planning, as now I am 27, as soon as we are official, we are planning to have baby right away. Means I know its from Allah, I want to try my best and we wanna try our best. The first step is I am started taking milk with folate and folic acid, as well as giving myself enough calcium , iron etc. Since first 27 days is very important so I do a lot of readings as well and preplanning to conceive is very important other than mental and financial as well. 

I am not ashamed to talk about this cos this is natural to all married couple right. Moga Allah beri rezeki pada kita semua yg murah.

Apart from that yesterday I bought shape wear short from Uniqlo. Macam girdle tu and its in pink. very cheap only RM 39 tapi selesa pakai ya Allah best sangat. Sesuai la utk aku yg perut buncit ni nak reshape sikit. Hee. Terasa mcm makcik makcik dah.

Okay guys talk to you later.

Happy Admin Pro day 2015





Happy Admin Pro Day 2015! 

Alhamdulillah, it has been a month I am with new department. Happy and thrilled at the same time to start over a new journey again. Most of all I am afraid for making mistakes. But somebody calm me before saying that, do not afraid in making mistakes. From mistakes you will learn it. But when you already learnt it, never ever repeat it again, if you did it again, that's when you have to really worry about it.

Somehow it does make sense to me. Buat je macam biasa. Be confident , everytime bila nak mula a new role mmg aku akan mcm ni. It's just a matter of time, kan? So I got a chocolate and a cute pen engraved with our department name. It's just a fresh start and nice start for me. Thank you very much everyone for the warm welcome. I promise that I will do my best and keep learning to be the best of me. Banyak lagi sikap nak kena dibetulkan...In sya-Allah.


hi, this is the latest us. We will be united as one in another 38 days


Menjemput semua rakan blog ku





Bismillahirrahmanirrahim.. Menjemput rakan rakan blog.. 




                🍃بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم🍃

   Dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah

       UNDANGAN MAJLIS PERSANDINGAN 

                     ❤️SARA & FITRIE❤️

Dengan rasa rendah diri ingin menjemput saudara saudari ke majlis persandingan saya dan suami di Dewan MAEPS (Hall D2)Serdang .Di harap saudara/saudari dapat mempersudikan diri untuk sama sama meraikan mendoakan keberkatan majlis persandingan ini.

                 Ya Allah Ya Tuhan Kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti engkau satukan nabi Adam dan Hawa, da seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Zulaika, dan seperti engkau satukan Nabi Muhammad s.a.w dan  Saidatina Khadijah .Amin ya rabbal a'lamin

Dengan segala hormatnya mengundang Yg. Bhg. Dato' / Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik
........................................................................................

KE MAJLIS PERSANDINGAN PUTERI BONGSU 


Shariffah Noorhaimi Syed Salleh

Sara


Fitrie

Pada 

(Sabtu) 

Bertempat di: 
Dewan Maeps Serdang

Aturcara majlis
12.00 tghari -  4 ptg : majlis bersanding
1.00 tghari (ketibaan pengantin) 

Semoga dengan kehadiran tuan/puan dpt mendoakan keberkatan dan kebahagiaan pasangan mempelai bersama mengharungi bahtera perkahwinan dalam keredhaan Allah
 
 

New friends in new place

Minggu ni dapat kawan baru utk pergi makan. he he. Sekian lama aku kerja bahagian tech support memang follow AUX, so time is very limited, nak keluar dari building ni time lunch jauh sekali lah sebab terkejar masa nak makan and solat. Most of the time mmg aku akan bawa bekal atau mmg akan makan di dalam cafe je. Walau makanan dia mmg lah sangat tak kena selera tekak aku..ala ala Chinese style tapi halal..

So alhamdulillah dah dapat kaki and dpt kawan nak makan and dah tak ada AUX tu dah cukup syukur. Tapi apa yg buat aku runsing, last week aku ada ditawarkan kerja kerajaan tp bukan utk gred pegawai ttp utk sokongan aje. Aku masih dilema utk tolak atau pergi je. Tapi lebih berat kepada tak pergi. Sebab perancangan jangka masa panjang dengan fitrie, aku memang nak kerja sampai habis bayar kereta ni aje, then dia pun dah stable time tu, aku akan jadi SAHW/SAHM lah . InsyaAllah kalau ada rezeki dari Allah.. Yg penting gaji sama dengan gaji sekarang, boleh tak abg? hehehe

Tapi maybe lepas habis bayar kereta tu aku extend lah kerja 3-4 tahun lagi, just nak merasa bestnya pgg duit gaji tanpa komitmen kereta. Keh keh.. Apa apa pun hanya kita yg merancang Allah menentukan.. Mcm aku rancang nak wat business la, fikir-fikir mmg byk komitmen dan tanggungjawab, aku pulak perempuan, ke sana ke mari, tak sesuai, so decide tak perlu and tak sesuai utk aku buat masa ni.. 

Aku seronok dengar berita baik dari kakak aku.. Aku rasa dia nak tunggu sah dan confirm baru nak war-warkan kot.. Bagi aku after wedding aku ni, aku memang nak terus plan for family with fitrie :)After all Allah knows the best..

Aku dah mula distribute kad dekat office just utk taknak kalut and nervous on the invitation ni.. Moga moga ramai yg sudi datang meraikan kami nanti..

Booking has been confirmed.

Good morning everyone. 

Alhamdulillah safely arrived at the office on a timely manner everyday. I love the environment of people get punctual and discipline themselves everyday. Maybe sebab mmg terbawak bawak cara fitrie manage his time every single day. Even kalau ada TT dengan group VW dia, memang kami adalah antara org pertama and was never late. Kami akan sampai tepat pada masa. Kalau janji pukul 9.30, fitrie akan dh siap count dah dari rumah masa and everything to reach there before 930 pm. Because I hate him to speed up, I will purposely get ready early so that he can drive safe and slowly...sebab tak kejar apa -apa.

Sebab... kalau memang estimated sampai tak sampai tepat pada waktu, he will speed up like crazy just to reach on time. He said, in military theres no excuses. Sebut jam tu, jam tu lah kena datang on time. Diorg dah terbiasa and not to be punctual mmg tak ada dalam kamus hidup diorg which is im so reliefed sebab memang tak suka tak suka tak suka org yg tak menepati masa ni. Dah 12 tahun kami in a relationship/friendship and after that he joined military, I was trained to be like the way he handle things too.. 

56 days to go before our wedding reception. He he.. dkt FB aku dah excited dah .. kot... Actually most of my excitedness bukanlah 100% dkt wedding tu, tapi half of it dekat masa yg aku akan dpt dengan fitrie during the holiday tu.. huhu..

Alhamdulillah, deposit aku dah bayar dah utk tempat aku nak berhoneymoon yg aku sebut surprise tu.. I know he will like it too.. Back to nature and yang adventorous sikit, tempat tu not like typical vacation..cantik mmg cantik hee...nature sgt sbb mmg no aircond, no heater, and non-attached toilet as well.. Oh wow, we will say how we gonna make it.. and there will be time we can do outdoor activity and Im really excited about the whole thing for sure..

Todays Friday, and  TGIF everyone! Have a great weekend ahead!

Back to nature honeymoon, InsyaAllah

Wah hopefully hopefully. We will make it here in another 57 days. :D dear fitrie! 12 years being together is a great journey.



All pictures are from Google. :) Cant wait.

Can you suggest our honeymoon getaway?

March had passed, fitrie's birthday fall on 27 March and now hes officially 27 years old. Due to lack of budget we don't celebrate it outside and like always, every year there will be a birthday card for him. Tempat aku meluahkan apa aku rasa for that particular year, my wish for him, even I know hes busy and baca pun acuh tak acuh tapi that memory will remain especially when I am gone at least he had some words from me .

Now is April 8 already, and I know time will fly very fast this time. Sejak bekerja with organization ni dengan ada komitmen bulanan yg agak tight, ia sedikit sebanyak affect la my monthly budget. Mmg ikut hati teringin sangat nak buat kejutan utk dia. But this time its our wedding reception and its the first time ever after so many years hes in military to get long leaves together....(sebab memang susah sgt dia nak dpt cuti, even cuti raya sbb everyday is like a standby day and working day, we cant go far if we are in KL and Selangor area) 

Pada mulanya aku ada terfikir tentang how much money I will end up habis if I wanna throw this plan tapi fikir fikir balik, bila lagi aku nak masa berdua macam ni dengan dia, if Hari Raya dia dpt cuti panjang, means its family time altogether kan, if next year, maybe dah ada baby? Amin! , so its not gonna be 2 anymore, if next2 year who knows , who knows.

Both of us will take long leave for our marriage leave, 10 hari tu dah kira panjang sangat dah tu bagi aku dan dia dalam skop kerja kami. eheh.. Now Im surveying a surprise for a honeymoon getaway with him. sebab dia tak plan pun lagi utk honeymoon. Biasa la everything is a last min thingy hehe. Alhamdulillah kami juga dapat 3 hari 2 malam honeymoon getaway dkt KL by my auntie tapi sebab tarikh kami cuti tu dah full, sbb maybe peak season kan sbb cuti sekolah, so we arranged it to be in August. Its okay if its just in KL, its a great gift after all..

Now tengah survey mana nak pergi, cruise is fun, tapi cukup budget kah? ehe, doakan sara mampu ye nak buat kejutan ni. Now tengah puasa, untuk puasa ganti, and at the same time hikmahnya dapat la jimatkan duit sikit. Dah kira I can save up a lot for these 2 months. 

If you have suggestions, feel free to let me know girls!

Persediaan Majlis Perkahwinan Sara dan Fitrie

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

It has been a while Alhamdulillah. 

As much I want to write something to this space tapi banyak benda yg menghalang aku utk berbuat demikian..Jom bercerita tentang wedding preparation shall we?

Alhamdulillah berkat jodoh yg panjang, saya masih bersama fitrie melayari hidup susah senangbersama sekarang ini. Syukur pada Allah majlis perkahwinan kami juga telah ditetapkan tarikh yg sebenar benar tarikh sebab sebelum ni tarikh majlis banyak yg dipostpone. :D

Alhamdulillah, it will be on 6 June and 8 June . 6 June majlis akan diadakan di Dewan MAEPS Serdang dan 8 June di Kelantan.

Kalau ramai tanya tentang macam mana preparation, debar ke and sebagainya. hehe rasa macam tak tahu nak jawab sebab rasa lebih relax dan tak kalut mana pun sekarang. the only thing yg on its way adalah kad undangan perkahwinan. Jom kita kupas apa preparation lagi selain kad kahwin yg buat aku relax je.. hehe.. Utk persediaan perkahwinan mcm borang ,HIV, dan sebagainya tu semua dah ready dah so we will not talk about that. 

Pelamin : Utk pelamin rumah dan pelamin di dewan sara ambil dari Abg Taj. Abg Taj ni mmg dah kenal rapat dari zaman abg sulung sara kahwin, kakak dan now my turn.Zaman sekarang memang tak berani nak ambil sembarangan sebab terlalu banyak dengar feedback dari org lain. Ambil org yg kenal ni saya akui lebih fleksibel and so much trust dah diletakkan kepada dia, so insyaAllah bab pelamin dah settle sbb Ahad lepas kami baru sahaja melawat tapak di Dewan MAEPS. Spesifically dekat Dewan D2. Dewan tu besar sikit so kami kena fikirkan macam mana nak buat ia kelihatan penuh. Bab design pelaminan, walkway, main table, pintu masuk, percaya tak aku serah je 100% dkt Abg Taj. Buat masa sekarang betapa malasnya nak cerewet-cerewet . Apa yg aku tahu, aku tetapkan warna tema yg universal, White and Cream and a lil bit of blue. Thats it. Utk pelamin rumah I think Abg Taj will go to more simpler one and something that can match with white color dress.

Hantaran : Hantaran kami dah lama beli. Aku akan serahkan decoration tu kepada Abg Taj utk buat.Masa bertunang aku beri 9 dulang berbalas 7. Kali ini 11 dulang berbalas 9. Bagi kami, kami akan lebihkan makanan berbanding barang peribadi sebab nanti keluarga boleh la makan . Barang peribadi anytime boleh beli. :D Hantaran dan mas kahwin nikah berupa Gelang emas dan sebentuk cincin serta dua dinar emas. Beserta RM XX,XXX .

Mak Andam / Busana Pengantin : Yang ni bulat bulat 100% aku serahkan kepada kakak ipar, Ya Allah sgt bersyukur sbb kakak ipar sudi tolong. dari flight ticket tante , accomodation, makan, sepanjang di Putrajaya and Kelantan, Buat pengetahuan semua aku ambil pakej persalinan dari Bandung and mak andam pun dari sana. Sebab dah biasa and murah so kami ambil saja dari sana utk tak pening kepala. Again, orang yg dipercayai and I know tante will do her best. Ni pun salah satu reason aku tak berapa pening kepala dengan preparation. he he. lagipun aku tak cerewet.Untuk busana di kelantan aku pilih abim hassan and fitting dijangka 16 Mei . So hopefully aku tak pening kepala lah. and hope semua berjalan lancar. 

Photographer/Videographer : Ini kami juga ambil dari Indonesia iaitu Impresi. Impresi ni ambil gambar official utk Oki, so im excited. Like always, Impresi ni dah ambil gambar utk abg sulung, kakak aku. So most trusted team juga. Alhamdulillah kakak ipar uruskan segalanya dari air tickets and accomodation. alhamdulillah. syukur. rasanya mereka akan dtg in 4 or 5.Kalau perasan , kami kekalkan apa yg dah diambil before ni utk abg sulung and kakak sebab rasanya lebih mudah begitu sebab takut nak ambil dengan org tak kenal ni. tatau hati budi sebab benda ni kan big day once in a lifetime.

Catering : Utk catering kami ambil Mar Caterer yg mmg org utara and yg ni caterer dari zaman abg aku kahwin juga dari 2008.. hehe. reason being, sebab dah biasa and kalau tempah mesti dia akan tambah extra 200 pax ke.. tak kedekut and masakan sedap. Utk majlis kami nanti, aku memilih masakan kampung utara style so nasi minyak ye hehe. and as well ada gerai gerai macam laksa, pasembur,.. semua utara mari. org Kedah la katakan..Utk majlis di rumah I think we will go with 

Nasi Arab and BBQ Kambing. Kawan kawan dijemput to come , mmg sekarang tengah kumpul alamat utk urusan pengeposan kad pon sbb kalau nak bg by hand takut tak sempat huhu.. Ikhlas menjemput ni.. Tapi biasala masa menjemput ada juga yg tak reply and ada yg reply dengan cakap ooh tak perlu lah kad sbb tak datang, sori ye. ooooppss..hehe okay la mcm tu. InsyaAllah doakan kebahagiaan sara dan fitrie pun dah cukup bersyukur.

Goodies : utk yg ni aku dah beli paperbag dah and ada some 500 pcs goodies and I think nak kena tambah lagi tapi masih belum decide apa benda. I think I will decide 2 weeks prior to the event sebab kalau buat sekarang pun, rumah bersepah nanti mak tak suka. So sekalian beli bunga pahar utk 100 pcs. Kalau sesiapa ada cadangan best boleh la komen atau PM kite dekat 0124928454. Thank you!

PA system and MC : Yang ni sekalian datang dengan dewan so nanti akan ada lighting sekali kakak ipar sara book and MC juga ambil yg dari majlis kakak few years back. :D Semua passing-passing sebab malas la nak fikir benda baru.Sepanjang majlis nanti akan dibincang 1 week before majlis. Mungkin saat pening akan tiba time tu kot ye? hehe takla.. hopefully tak ada yg memeningkan and moga semuanya berjalan lancar.

Berinai : Alhamdulillah cousin sara belanja utk berinai and tukang inai akan datang ke rumah utk inaikan sara nanti.

Honeymoon : I want to throw a surprise package for my husband soon but tak tahu pakej apa yg affordable and ke mana. tak kisah pun ke mana asalkan with him and we can cherish the moment together. May Allah ease everything.

Sara prepare alone je sebab fitrie memang busy dengan kerjaya dia so benda yg boleh berdikari sendiri berdikari aje lah. Utk majlis sebelah Kelantan akan diuruskan mertua. :) till next writing yeah girls..