click !!click!!

Alhamdulillah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Persediaan Majlis Perkahwinan Sara dan Fitrie

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

It has been a while Alhamdulillah. 

As much I want to write something to this space tapi banyak benda yg menghalang aku utk berbuat demikian..Jom bercerita tentang wedding preparation shall we?

Alhamdulillah berkat jodoh yg panjang, saya masih bersama fitrie melayari hidup susah senangbersama sekarang ini. Syukur pada Allah majlis perkahwinan kami juga telah ditetapkan tarikh yg sebenar benar tarikh sebab sebelum ni tarikh majlis banyak yg dipostpone. :D

Alhamdulillah, it will be on 6 June and 8 June . 6 June majlis akan diadakan di Dewan MAEPS Serdang dan 8 June di Kelantan.

Kalau ramai tanya tentang macam mana preparation, debar ke and sebagainya. hehe rasa macam tak tahu nak jawab sebab rasa lebih relax dan tak kalut mana pun sekarang. the only thing yg on its way adalah kad undangan perkahwinan. Jom kita kupas apa preparation lagi selain kad kahwin yg buat aku relax je.. hehe.. Utk persediaan perkahwinan mcm borang ,HIV, dan sebagainya tu semua dah ready dah so we will not talk about that. 

Pelamin : Utk pelamin rumah dan pelamin di dewan sara ambil dari Abg Taj. Abg Taj ni mmg dah kenal rapat dari zaman abg sulung sara kahwin, kakak dan now my turn.Zaman sekarang memang tak berani nak ambil sembarangan sebab terlalu banyak dengar feedback dari org lain. Ambil org yg kenal ni saya akui lebih fleksibel and so much trust dah diletakkan kepada dia, so insyaAllah bab pelamin dah settle sbb Ahad lepas kami baru sahaja melawat tapak di Dewan MAEPS. Spesifically dekat Dewan D2. Dewan tu besar sikit so kami kena fikirkan macam mana nak buat ia kelihatan penuh. Bab design pelaminan, walkway, main table, pintu masuk, percaya tak aku serah je 100% dkt Abg Taj. Buat masa sekarang betapa malasnya nak cerewet-cerewet . Apa yg aku tahu, aku tetapkan warna tema yg universal, White and Cream and a lil bit of blue. Thats it. Utk pelamin rumah I think Abg Taj will go to more simpler one and something that can match with white color dress.

Hantaran : Hantaran kami dah lama beli. Aku akan serahkan decoration tu kepada Abg Taj utk buat.Masa bertunang aku beri 9 dulang berbalas 7. Kali ini 11 dulang berbalas 9. Bagi kami, kami akan lebihkan makanan berbanding barang peribadi sebab nanti keluarga boleh la makan . Barang peribadi anytime boleh beli. :D Hantaran dan mas kahwin nikah berupa Gelang emas dan sebentuk cincin serta dua dinar emas. Beserta RM XX,XXX .

Mak Andam / Busana Pengantin : Yang ni bulat bulat 100% aku serahkan kepada kakak ipar, Ya Allah sgt bersyukur sbb kakak ipar sudi tolong. dari flight ticket tante , accomodation, makan, sepanjang di Putrajaya and Kelantan, Buat pengetahuan semua aku ambil pakej persalinan dari Bandung and mak andam pun dari sana. Sebab dah biasa and murah so kami ambil saja dari sana utk tak pening kepala. Again, orang yg dipercayai and I know tante will do her best. Ni pun salah satu reason aku tak berapa pening kepala dengan preparation. he he. lagipun aku tak cerewet.Untuk busana di kelantan aku pilih abim hassan and fitting dijangka 16 Mei . So hopefully aku tak pening kepala lah. and hope semua berjalan lancar. 

Photographer/Videographer : Ini kami juga ambil dari Indonesia iaitu Impresi. Impresi ni ambil gambar official utk Oki, so im excited. Like always, Impresi ni dah ambil gambar utk abg sulung, kakak aku. So most trusted team juga. Alhamdulillah kakak ipar uruskan segalanya dari air tickets and accomodation. alhamdulillah. syukur. rasanya mereka akan dtg in 4 or 5.Kalau perasan , kami kekalkan apa yg dah diambil before ni utk abg sulung and kakak sebab rasanya lebih mudah begitu sebab takut nak ambil dengan org tak kenal ni. tatau hati budi sebab benda ni kan big day once in a lifetime.

Catering : Utk catering kami ambil Mar Caterer yg mmg org utara and yg ni caterer dari zaman abg aku kahwin juga dari 2008.. hehe. reason being, sebab dah biasa and kalau tempah mesti dia akan tambah extra 200 pax ke.. tak kedekut and masakan sedap. Utk majlis kami nanti, aku memilih masakan kampung utara style so nasi minyak ye hehe. and as well ada gerai gerai macam laksa, pasembur,.. semua utara mari. org Kedah la katakan..Utk majlis di rumah I think we will go with 

Nasi Arab and BBQ Kambing. Kawan kawan dijemput to come , mmg sekarang tengah kumpul alamat utk urusan pengeposan kad pon sbb kalau nak bg by hand takut tak sempat huhu.. Ikhlas menjemput ni.. Tapi biasala masa menjemput ada juga yg tak reply and ada yg reply dengan cakap ooh tak perlu lah kad sbb tak datang, sori ye. ooooppss..hehe okay la mcm tu. InsyaAllah doakan kebahagiaan sara dan fitrie pun dah cukup bersyukur.

Goodies : utk yg ni aku dah beli paperbag dah and ada some 500 pcs goodies and I think nak kena tambah lagi tapi masih belum decide apa benda. I think I will decide 2 weeks prior to the event sebab kalau buat sekarang pun, rumah bersepah nanti mak tak suka. So sekalian beli bunga pahar utk 100 pcs. Kalau sesiapa ada cadangan best boleh la komen atau PM kite dekat 0124928454. Thank you!

PA system and MC : Yang ni sekalian datang dengan dewan so nanti akan ada lighting sekali kakak ipar sara book and MC juga ambil yg dari majlis kakak few years back. :D Semua passing-passing sebab malas la nak fikir benda baru.Sepanjang majlis nanti akan dibincang 1 week before majlis. Mungkin saat pening akan tiba time tu kot ye? hehe takla.. hopefully tak ada yg memeningkan and moga semuanya berjalan lancar.

Berinai : Alhamdulillah cousin sara belanja utk berinai and tukang inai akan datang ke rumah utk inaikan sara nanti.

Honeymoon : I want to throw a surprise package for my husband soon but tak tahu pakej apa yg affordable and ke mana. tak kisah pun ke mana asalkan with him and we can cherish the moment together. May Allah ease everything.

Sara prepare alone je sebab fitrie memang busy dengan kerjaya dia so benda yg boleh berdikari sendiri berdikari aje lah. Utk majlis sebelah Kelantan akan diuruskan mertua. :) till next writing yeah girls..




3 comments:

Azreen Zunairah said...

wahhh dah nak kawen dah sara..dari dulu kita follow cerita sarah dengan fitrie tau..tup tup nak kawen dah..yeahhh..may Allah ease everything..muahciked..

Stay Sane Mama said...

Hi Azreen, muah sikit jugak..kalau tak keberatan kite nak jemput awk jugak ke majlis di MAEPS 6 Jun nanti.. Harap mempersudikan diri..

Luthfi Suib said...

wah nak kahwin dah