click !!click!!

Alhamdulillah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sama berbagi rezeki

Salam Jumaat barakah everyone.

Hamba duit? Siapakah hamba duit. Saya tak mahu nak tuju tujukan pada sesiapa tapi sejak peristiwa dan pengalaman yg saya alami dalam kehidupan ni, memang saya dah tanam kan dalam dalam di lubuk hati, tak perlu lagi nak terkejar kejar duit ni sebab mmg tak tenang pun jiwa sebab kebahagiaan yg sebenar bukan duit tapi duit hanya main sebahagian peranannnya. Hehe. 

Sebab biar kita hanya rasa kebergantungan pada Allah dan mengharapkan hanya dari Dia lepas kita dah berusaha dengan bekerja seikhlas hati. :) Yang bestnya kerja aku sekarang tak mcm kerja dulu sebab if buat kerja siap untuk boss, boleh la reading sikit and blogging sikit and sambung balik bila dapat task baru. Masa yg lebih fleksibel utk pergi solat dan makan. Walau gaji tak besar tapi sekurangnya aku happy macam ni sebab aku percaya rezeki Allah akan bagi setimpal dengan apa aku buat.

Sebut mengenai rezeki, jom sama sama kita amalkan amalam murah rezki dengan bersedekah dan sentiasa memberi walau kita nampak seperti tak cukup utk diri sendiri. So jom bermula dengan Jumaat barakah ni dengan derma je ke mana mana secara online kepada yg memang sangat memerlukan. Alangkah bahagia tika kita sentiasa berbagi antara satu sama lain di saat org lain kesusahan , moga Allah memberi ganjaran pahala di dunia dan juga sebagai bekalan kita di hari akhirat.

Kalau dilihatkan memang dah ada iklan iklan di FB secara rawak yg kawan kita share setiap hari utk derma ikhlas saudara semuslim kita ada yg ditimpa dugaan dan ujian. Moga atas bantuan  kita sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. 

Salah satu contoh Projek Iqra' ni.. :)

http://www.projekiqra.com/

Ayat Amalan kita setiap hari sebelum memulakan kerja.. Surah Al Kahfi ayatt 24

18:24
Sahih International
Except [when adding], "If Allah wills." And remember your Lord when you forget [it] and say, "Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct."
Malay
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

No comments: