click !!click!!

Alhamdulillah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pengalaman Mengandung Trimester Pertama : Approaching Minggu ke 10

Lagi 2 hari, akan genap kandungan ku menginjak ke 10 minggu.. Tak terasa waktu berlalu, anak ku semakin membesar dari hari ke hari.. Kalau ikut perkembangan, bayi mmg cpt berkembang dari minggu ke minggu. lagi 2 minggu akan masuk 3 bulan, dan another 1 month akan masuklah aku ke Trimester Kedua.

Perkembangan minggu ini, aku sentiasa keletihan and rasa mcm out of breathe. bangun pagi mak selalu tegur aku kenapa la dok mengeluh . aku bukan sengaja nak mengeluh, tapi rasa mcm mengah. huhu baru awal kehamilan, mmg besar ujian ibu mengandung. Aku masih belum buat buku merah dan merancang next next week baru buat. Kes tak dapat cutilah sebab baru lepas cuti raya lama...

Aku cepat meloya especially pagi sampai la waktu lunch.. Makin sensitif pada bau.. sesekali akan ke tandas melepaskan rasa nak muntah tu semahu mahunya.. mmg air je yg akan keluar.. tapi sakit je rasa di bahagian perut.. huhu..

Doctor print kan aku clearer picture of my baby...Sebak rasa.. nampak tak dia tengah terlentang, ada kepala, kaki tangan, kecik.. ya Allah.. moga kandungan ini selamat sehingga melahirkan dan sempat aku mendewasakannya bersama suami ku menjadi da'i yg solehah... sehingga akhir hayat kami berdua... ke Jannah...


Pengalaman Mengandung Trimester Pertama Minggu ke 8





Assalamualaikum! 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kita baru masuk hari raya keenam harini kan.. Jom harini sara nak update lagi pasal kandungan sara. Last entry saya menceritakan tentang betapa kuat nya selera makan semasa nak tahu dah hamil ke belum tu.. yes I admit I makan sangat byk.. Sehingga lah masuk minggu ketiga Ramadan, simptom hamil semakin kuat, sakit breast yg semakin ketara dan selera makan masih belum berkurang tapi tak selahap mula mula dulu... Masuk je minggu ni, aku dah 21 hari puasa tak tinggal langsung tapi , aku admit, bila belah petang tu, aku rasa sangat lah sakit pinggang mcm nak period. and almost everyday..tapi sebenarnya mmg dari awal aku check aku hamil hampir setiap hari aku sakit pinggang. sampai la aku update dkt kwn aku, kwn aku pesan, sarah, please jgn puasa, tgk mcm mana, sakit lg ke tak.. jadinya hari tu aku buka puasa dlm keadaan berat hati... bila aku berbuka, aku rasa sakit tu berkurang... aku tinggal dlm 4 hari dan kembali sambung puasa bila dah rasa semakin sihat.. sampailah ke Syawal..

Tapi di pengakhiran Ramadan, aku asyik mengadu dkt abg sakit pinggang, kemudian dah kurang selera makan.. aku mmg rasa meloya je tgk lauk lauk masakan...aku tak sedar lagi rupanya.. morning sickness sudah menjengah.. ikut LMP kandungan aku ketika tu dah mencecah 8 minggu...bermula lah fasa baru... sehari sebelum balik semula ke KL dari kampung suami aku, aku dah start sakit dada mcm susah nak nafas.. semalaman... dari perjalanan Kelantan-KL aku asyik mengaduh pada abg.. abg beli gaviscon..pun aku nak termuntah telan... masih tak okay..abg yg kepenatan drive, tidur kejap sesudah sampai... asyik kena kejut dengan aku suruh bangun teman ke klinik sbb sakit dada yg teramat sgt tahap tak tahan.. tunggu punya tunggu,, aku turut tertidur..

Tengahari tu kami sama sama terbangun,, abg bawak pusing tgk klinik, semua tutup..then kami lalu di KK kerajaan.. decide nak pergi situ..alhamdulillah tak ada org langsung..aku bagitau dekat org jaga kaunter tu aku sakit dada. MA soal beberapa soalan and check tekanan darah, and minta aku buat ECG.. tak sampai 10 min, aku dah boleh berjumpa doktor , doktor kata ECG normal..aku hanya mengalami muscle pain di breast , kemungkinan hormon, atau ada angkat berat atau mmg breast tgh engorge...tak ada ubat utk tu.. sbb tgh hamil kan..doktor bagi vitamin .. and aku scan utk kali kedua.. kali pertama hanya nampak kantung.. and umur kandungan seminggu berbeza dari tarikh last period.. tapi masa scan kali kedua, umur kandungan dah sama dari ukuran kantung dan dari tarikh last period.. ketika tu bacaan menunjukkan 8 minggu 5 hari...syukur.. and yg paling sebak dpt tgk kelip kelip hearbeat baby.. doc ckp perut aku byk angin, ultrasound pun tak clear sgt.. maybe kena guna mesin 2D baru nampak clear..tp mmg kalau ada dkt situ boleh nampak heartbeat baby tu.. baby kecik je besar buah raspberry.. tak sabar nak check up lagi 3 minggu..

cuma sekarang simptom lepas minggu ke 8 ni :

  • loya teramat sangat tgk semua makanan rasa nak termuntah
  • tak boleh tgk lauk dan nasi
  • bangun pagi rasa nak termuntah perut sgt berangin
  • tak lalu minum susu dan seumpama dengannya
  • perut rasa tak selesa
  • muntah air atau hanya angin sahaja

ni ketika 5 weeks



ni ketika 8 weeks 5 days, nampak tak warna putih tu dalam kantung. tu baby. tapi x clear sangat mesin ni

Kisah Trimester Pertama Kehamilan Saya..InsyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim.. segala puji hanya bagi Allah.. seperti tertera tajuk di atas, aku setelah tolak tambah rasa nak share ke tak share, akhirnya aku share juga.Sebab ni kehamilan pertama, dan ia salah satu sebuah perjalanan kehidupan aku. Yang boleh jadi perkongsian baik utk semua. Semoga kawan-kawan dpt mendoakan kandungan ku ini sihat sehingga sampai saat melahirkan dan dapat membesarkan hingga dewasa menjadi anak yg soleh/solehah... Amin..

Untuk pengetahuan semua aku dah pun nak masuk 27 tahun for this year. Awal-awal lagi aku mmg bagitau husband yg aku nak berusaha sungguh-sungguh utk dapat zuriat.. Rezeki dari Allah tu kita terima yg mana yg terbaik. Jadi few months sebelum kami official, saya dah start makan asid folik dan start minum susu pra kehamilan..without letting my partner know. cos its my body kan. hehe. Abang manjang ckp ala, bergantungla dkt natural food. 

Alhamdulillah aku bertuah sebab masa majlis kami, aku baru lepas 2 minggu tamat period. So, memang sepanjang honeymoon cuti 10 hari tu aku dalam keadaan fertile. Siapalah menyangka.. Hanya Allah sebaik baik Pengatur yg Maha Agung.. sebab aku dan abang mmg berkahwin jarak jauh.. Tak tentu masa kami bertemu...

Semuanya bermula saat 9 hari sebelum period aku due.. Masa tu kami honeymoon di Tanah Aina..Masa perjalanan dari Kelantan ke Tanah Aina, I have been feeling sick all the way.. Perut bloated, asyik kentut je sepanjang panjang perjalanan. Kesian sgt dkt abg..haha..I dont stop until there. I feel okay just bloated. Then ada aktiviti outdoor yg kami kena buat iaitu jungle trekking. Aku yg suggest tmpt tu dkt abg , tak sangka jungle trekking dia mencabar. naik turun bukit dan curam amat.. Aku time naik dah lost breath and suddenly fainted. Pitam.. Aku dah rasa tak sedap sebab selama ni aku jarang lah sampai pitam kalau penat sgt. I kept cool..

Then masa tu aku dah rasa "ish aku pregnant ke.." "cepatnya.." "mmm tak kot.." tapi aku mmg tolak semua aktiviti lasak sbb ckp dkt abg, "mcm mana kalau ada"..abang faham and mmg dia buat aktiviti sorang-sorang.. TQ abg..

Kami balik ke KL few days later and aku masih bloated and start sakit pinggang...I dont know what to expect sbb sebelum ni kalau sakit perut, esoknya mmg darah turun tanda period.. Start dari tu everyday aku mmg sakit pinggang...and ni aku share simptom yg aku alami sebagai panduan.. Tak semua org sama...

  •  Jerawat batu
  • Missed Period
  • Feeling Pregnant
  • Breast sakit
  • Letih dan nak tidur je even dkt tempat kerja tersengguk-sengguk
  • Kerap kencing
  • Faint (sekali je)
  • Sembelit
  • Mood swings
  • Low Back Pain
  • Bloating
  • Sakit Pinggang mcm nak period
  • Cramp mcm nak period
  • Feeling wet mcm nak period tapi bukan



aku buat UPT pada before 4 hari period due. as expected Negative.. Aku setiap hari mengadu dkt abg, semua simptom yg aku alami mcm makin jelas...and aku tunggu dan tunggu.. period lewat sehari.. aku buat UPT, Negative lagi.. Mungkin hcg hormon masih belum banyak. aku tunggu dan tunggu sampai lah 4 hari lewat... check lagi,, mmm positive...tp line timbul lepas 15 minutes pada semua test aku buat.. sangat samar.. aku mmg tak percaya sbb rasa mcm evap line.. bukan betul and maybe false positive..aku upload dkt web countdowntopregnancy, semua org vote positive..wah semua bagi harapan..abg dah start ckp awk ni mengandung kot.. tp dia byk kali ckp abg taknak berharap..kalau ada , ada..kalau tak de bukan rezeki kita lagi..

ni masa second time buat lepas delay 4 hari

aku start mengadu dkt kawan dekat office simptom aku alami.. sakit buah dada, dan sakit pinggang mcm nak period..kawan aku suggest beli Clear Blue Digital test sbb sgt sensitive and accurate.. So dalam keadaan puasanya, org sibuk beli juadah aku kalut pergi cari UPT Test.. Balik rumah tak menyempat-nyempat sebab aku baca kalau period dah delay boleh test bila bila masa tak perlu morning urine. apa lagi terus test..Aku dah lewat 6 hari masa ni..Aku menggigil sepanjang tunggu and ckp takpe kalau nampak not pregnant.. no worries....

Tapi lepas 1-2 mins, aku nampak perkataan Pregnant dan berkelip kelip..kemudian after 3 minutes keluar 2-3 weeks... terus aku sujud syukur dan whatsapp abg.. abg hanya tanya eh sapa punya tu.. dan abg ckp alhamdulillah....aku tunjuk dkt mertua aku. semua mendoakan yg terbaik. mak aku , pon aku bgtau tapi dia ckp ala mmg dah tau, tgk pun tau. badan makin naik, gemuk, makan mcm kebulur..hahaha mmg selera aku bertambah tambah.. mcm kalau tak dapat makanan nak menggigil. rasa nak makan je semua benda atas meja...




Emm.. dah panjang sangat ni.. nanti aku sambung ye..

Legal Marriage to my husband, Fitrie

Assalamualaikum,

Alhamdulillah now I am officially and legally married to my husband, my teenage love, my school time love, fitrie. All praises to Allah yg mentakdirkan kami dipertemukan dan bersama sehingga ke hari ini dan alhamdulillah we are halal too now. 

Haritu sara ada share kan ttg honeymoon gift for him di satu tempat back to nature (jungle). yes we make it happen and its actually dkt tanah aina.. nak share the pics but lupa bawa cable hp pula. emm and the best part is puas sangat rasa cuti kahwin last 2 weeks, lagi 2 weeks alhamdulillah nak cuti raya pula for 10 days.. 

Sara rasa ada nak kongsi good news lagi satu, tapi insyaAllah nak tunggu lagi bila bila dah betul betul confirm I let you guys know . :)


Penangan folic acid

Ada satu hari tu aku rasa sakit yg amat sgt dkt bahagian bawah pusat dan ari ari. sakit di kiri dan kanan mcm dkt tempat peranakan tu.. aku dah takut.. huhu pastu mula menyesal sbb adakah ni sbb pakai girdle? adakah sbb green tea.. aku dah start salahkan dua benda tu. 

Aku pun dengan mengada mengadu dkt fitrie yg aku ada rasa sakit dekat ari ari, fitrie tanya aku nak period kot? and aku cakap no,, period lagi 2 minggu, and pulak tu rasa sakit sangat.. fitrie dah start risau and suruh aku pergi jumpa doktor kalau 2-3 hari lagi masih rasa sakit..pastu aku cakap aku sapu minyak halia, pastu start kentut and keluar angin siap sendawa.. fitrie terus dari riak bunyi mcm risau cakap..mmmm angin la tu! awk ni angin pun tak tahu beza.. haha. so baru aku perasan ooo patut org tua tak bagi makan benda benda berangin.. mmg kalau dia tangkap segala seluruh badan.. mmg rasa sakit yg sangat menyengat...so dgr ye ckp org tua..tapi angin ni bukan sbb makan sembarangan,,,

aku cuba berhenti ambil folic acid ,  baru aku perasan sebab aku ambil folic acid la buat aku rasa berangin mcm tak sihat mcm ni... and nampak kawan aku komen dekat twitter asid folik to certain people akan buat rasa bloated and berat naik sikit.. 

huhu.. sebab rata rata kawan-kawan and doktor pun ada pesan dah boleh start ambil folic acid.. but i guess, kena stop kejap lah kot.. nanti ambil semula...sebab folic acid kan sangat bagus utk persediaan nak pregnant kalau dah baby dah berjaya disenyawakan , so dah ada sumber folic acid utk perkembangan saraf dsbgnya tu.. okay nanti kita borak lagi..




Green Rose Tea

Doing my work sambil sedut teh hijau rose. Ni semua penangan lepas makan dkt kedai Cina muslim haritu, dkt situ ada serve air teh mcm mcm jenis secara percuma. So mata ni dengan laju tgk jenis jenis teh, and semua dah pernah rasa kecuali rose tea, pulak tu nampak dia tulis utk cantikkan kulit khasiatnya dan termasuk khasiat lain utk detox and weight loss juga. Lagi laju balik terus tercari-cari mana nak dapat. Kebetulan haritu pergi Giant, dpt la beli satu kotak RM 8.. Sebab tanya kalau dkt online shop, diorg jual sampai RM 30.. Uish tak mampu lah rasa sebab just nak try je.

And Alhamdulillah rose tea yg aku pilih tu ada tanda halal. So tak ada keraguan lah kan dekat situ.. Utk bulan ni , bersisa 29 hari memang aku bertekad lah nak pakai bengkung/ shapewear ke tempat kerja setiap hari. Yg penting before tidur and sebelum pergi kerja urut and sapu dulu dengan minyak pengempis perut. This is what really bothering me all the while. my waist and tummy. besar mcm tengah pregnant 3 bulan , 4 bulan kata ko..Malas la nak cakap kan, hehe..

Terasa kurus sikit tp bila timbang takde perubahan, omg sangat.. Takpelah, aku bukan lah nak kurus mana, nak sihat, and nak rasa bertenaga je.. Hari hari minum susu sekarang ni, ehehehe. persediaan awal kata org.. Ngeh ngeh..

Harini dah start distribute kad kahwin dekat kawan kawan dept sendiri, ada yg cakap wow mudanya nak kahwin dah, I was like hello I dah 27 tahun tau.. Lagi 3 tahun nak 30, golden years. Aku pon taktau kenapa perempuan mmg semua looking forward nak merasa and lihat apa yg terjadi kan pada usia 30 tahun.. hehe.. 

Now produk kulit aku pakai Tabita, fitrie pujila wow dah makin cantik dia,kembang la sekejap. Okay tu je kot nak borak, nanti ada masa aku tulis lagi.. hehe , macam la ada org baca kan...

Getting body prepared-Milky milky

Yesterday we went for a lunch date together with my cousin. At Empire Subang, I tell you that last weekend was the longest weekend ever in my life! Fitrie in Kuching, mom and sis and brother in Pulau Lang Tengah having a good time and Im at home figuring out what to eat after maggi, oats, and nasi with telur. Its not that I am lazy to cook, but cooking for 1 person to eat, you better dont treat ur life sad like that, makan sorang-sorang..

Segala jenis movie aku tgk dkt Astro tu , I even bought In the woods from astro best and for premier Saturday, I watched The Fault in Our Stars alone. Sedih jugakla that story for me. Means in that circumstances there is true love (both couple ada cancer and counting days to live) and the openness to accept the death of someone you love (you will somehow face it sooner and later in life) May Allah give us strength to walk it through and unite us with our loved ones in Jannah. Amin.

Back to the outing yesterday, after few days makan macam tak makan, I finally get a chance to have very good and full lunch. ehe, we had our lunch at Serai, this is my first time here and I had Kampung Fried Rice, Clear tomyam and as well as milky bandung and pavlova. Recommended and we will definitely will put in our monthly list good restaurant to eat over the weekend. We just put Absolute Thai in the list as well last week cos the food there so fresh and sedap. but the bill for 2 is about RM 100+ so make it once a month or once in two months please. We need to have a good financial planning.

Speaking of planning, as now I am 27, as soon as we are official, we are planning to have baby right away. Means I know its from Allah, I want to try my best and we wanna try our best. The first step is I am started taking milk with folate and folic acid, as well as giving myself enough calcium , iron etc. Since first 27 days is very important so I do a lot of readings as well and preplanning to conceive is very important other than mental and financial as well. 

I am not ashamed to talk about this cos this is natural to all married couple right. Moga Allah beri rezeki pada kita semua yg murah.

Apart from that yesterday I bought shape wear short from Uniqlo. Macam girdle tu and its in pink. very cheap only RM 39 tapi selesa pakai ya Allah best sangat. Sesuai la utk aku yg perut buncit ni nak reshape sikit. Hee. Terasa mcm makcik makcik dah.

Okay guys talk to you later.

Happy Admin Pro day 2015





Happy Admin Pro Day 2015! 

Alhamdulillah, it has been a month I am with new department. Happy and thrilled at the same time to start over a new journey again. Most of all I am afraid for making mistakes. But somebody calm me before saying that, do not afraid in making mistakes. From mistakes you will learn it. But when you already learnt it, never ever repeat it again, if you did it again, that's when you have to really worry about it.

Somehow it does make sense to me. Buat je macam biasa. Be confident , everytime bila nak mula a new role mmg aku akan mcm ni. It's just a matter of time, kan? So I got a chocolate and a cute pen engraved with our department name. It's just a fresh start and nice start for me. Thank you very much everyone for the warm welcome. I promise that I will do my best and keep learning to be the best of me. Banyak lagi sikap nak kena dibetulkan...In sya-Allah.


hi, this is the latest us. We will be united as one in another 38 days


Its normal to get nervous

Assalamualaikum..

Oh wow , what a blessed Monday yeah? Today my wedding ticker change the number to 39 days which I want to mention how time flies cos last time me and hanis ticker is the same and it shows 75 days left. Feels that time runs so fast and thats make me more nervous just to think of it. My wedding dress is all ready for my Putrajaya side but I am not sure about in Kelantan side as I will go for fitting on 16 May hope there will be no drama lah. Especially drama baju tak muat. Cos right now masih belum insaf nak diet betul betul padahal its my big day kot kan? Sebab rasa couldnt resist lapar so rasa mcm 1 May ni baru nak start balik 2 weeks diet utk fitting baju then another 2 weeks diet light light utk my big day.

Im grateful sebab mmg fitrie tak kisah pun aku chubby sikit, and aku pun tak kisah. Right now berat aku tak bertambah dah tapi maintain tak turun tak naik. Aku kawal la juga dengan shake as meal replacement utk breakfast and lunch and dinner mcm biasa. Mmg tu program maintain weight pun. Hehe.. Mungkin akan timbul keinsafan bila dah masuk bulan May nnt. Yang penting masa aku kahwin nanti aku subur time tu haha. Eh? so aku nak cuba sehabis baik Yeay!.

Today aku nervous gile bila aku bagitau fitrie semalam sebab aku kena buat intro call ngan boss aku from Korea tp kerja kat singapore. Of course I am nervous. And you know how fitrie calm me, he said alah, kite kene cakap dengan Dato la Tan Sri la, Menteri la, okay je. Diorg bukan nak makan org manusia pun juga. Yea its true. And I am done talking to my boss for half an hour and next week Ill be officially taking over all the necessary task from them.. Oh cos I never work in administration field , only in IT, that makes me more nervous ever.

Sama berbagi rezeki

Salam Jumaat barakah everyone.

Hamba duit? Siapakah hamba duit. Saya tak mahu nak tuju tujukan pada sesiapa tapi sejak peristiwa dan pengalaman yg saya alami dalam kehidupan ni, memang saya dah tanam kan dalam dalam di lubuk hati, tak perlu lagi nak terkejar kejar duit ni sebab mmg tak tenang pun jiwa sebab kebahagiaan yg sebenar bukan duit tapi duit hanya main sebahagian peranannnya. Hehe. 

Sebab biar kita hanya rasa kebergantungan pada Allah dan mengharapkan hanya dari Dia lepas kita dah berusaha dengan bekerja seikhlas hati. :) Yang bestnya kerja aku sekarang tak mcm kerja dulu sebab if buat kerja siap untuk boss, boleh la reading sikit and blogging sikit and sambung balik bila dapat task baru. Masa yg lebih fleksibel utk pergi solat dan makan. Walau gaji tak besar tapi sekurangnya aku happy macam ni sebab aku percaya rezeki Allah akan bagi setimpal dengan apa aku buat.

Sebut mengenai rezeki, jom sama sama kita amalkan amalam murah rezki dengan bersedekah dan sentiasa memberi walau kita nampak seperti tak cukup utk diri sendiri. So jom bermula dengan Jumaat barakah ni dengan derma je ke mana mana secara online kepada yg memang sangat memerlukan. Alangkah bahagia tika kita sentiasa berbagi antara satu sama lain di saat org lain kesusahan , moga Allah memberi ganjaran pahala di dunia dan juga sebagai bekalan kita di hari akhirat.

Kalau dilihatkan memang dah ada iklan iklan di FB secara rawak yg kawan kita share setiap hari utk derma ikhlas saudara semuslim kita ada yg ditimpa dugaan dan ujian. Moga atas bantuan  kita sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. 

Salah satu contoh Projek Iqra' ni.. :)

http://www.projekiqra.com/

Ayat Amalan kita setiap hari sebelum memulakan kerja.. Surah Al Kahfi ayatt 24

18:24
Sahih International
Except [when adding], "If Allah wills." And remember your Lord when you forget [it] and say, "Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct."
Malay
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".